BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Sunday, March 28, 2010

HC15

Danish memerhatikan Eka yang sedang leka memasak di dapur. Sofea sedang menonton siri cartoon kegemarannya manakala Haziq sudah tertidur. Sudah banyak cara digunakan untuk memikat Eka namun Eka masih lagi dingin. Apa lagi yang harus dilakukannya? Dia buntu. Dia merangcang sesuatu. Tersenyum. Berharap Eka gembira dengan cadangannya. Rakan-rakannya turut terkejut dengan perubahannya itu. kini dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah, bermain bersama-sama anak-anak dan memerhatikan Eka. Tidak ingin meninggalkan Eka walaupun seminit. Takut Rie akan ambil kesempatan. Bukannya dia tidak percqayakan Eka tapi… perasaan atakut kehilangan Eka memaksa dia bersikap begitu. Danish sedar, Eka adakalanya lemas apabila dia sentiasa sahaja mengikut kemana Eka pergi… macam belangkas.

Mereka berbuka puasa bersama hari itu. tiba-tiba Eka terkejut bila Danish mengajaknbya keluar. Anak-anak pula ditinggalkan pada jiran sebelah. Danish memberi alas an meeka tidak pernah keluar berdua sejak berkahwin. Terpaksa akur bila Danish memandangnya penuh mengharap. Puas dipujuk Sofea namun anak kecil itu tetap ingin mengikuti mereka sehinggalah Danish berjanji untuk membelikan set anak patung Barbie yang terbaru, barulah si kecil diam. Akur.

Suasana sepi menyelubungi mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Eka masih lagi serba salah meninggalkan Sofea dan haziq. Inilah kali pertama dia meninggalkan anak-anaknya. Kesian Sofea dan Haziq. Danish pula hanya mendiamkan diri. Faham perasaan Eka saat ini. Namun dia tidak punya pilihan. Tak tahu apa yang harus dikata. Pertama kali hanya mereka berdua sahaja.

Eka tersentak bila Danish tiba-tiba menggemgam jari jemarinya. Cuba melepaskan diri namun pegangan Danish cukup kukuh. Danish sekadar tersenyum dengan reaksi Eka. Akhirnya Eka akur jua, dibiarkan sahaja tingkah Danish itu. Danish memberhentikan kereta di sebuah pusat membeli belah. Kenapa mereka ke sini? Eka tertanya sendiri. Eka melangkah jua mengikut halatuju Danish.

Danish memaut mesra pinggang Eka. Eka cuba mengelak, namun Dabnish lebih pantas daripadanya. Mata Eka memerhatikan sekeliling. Akhirnya Danish membawanya masuk ke sebuah kedai barangan kemas. Tersenyum pada pekerja disitu.

“Abang nak Eka pilih semula cincin kahwin kita. Yang hari tu bukan pilihan abang. Bagi abang cincin kahwin amat bermakna sekali,” Danish berbisik ditelinga Eka. Kelihatan begitu romantis sekali. Eka bagai tak percaya mendengar kata-kata Danish itu.

Danish menarik tangan Eka bila melihat isterinya masih lagiu terpinga-pinga. Mereka melihat beberapa bentuk cincin yang dikeluarkan oleh jurujual disitu. Eka sekadar memerhati. Tidak berapa berminat, baginya cincin yang sudah ada lebih dari memadai. Tak perlu membazir. Danish segera menyuruh Eka mencuba beberapa bentuk cincin yang disukainya. Akhirnya Eka memilih sebentuk cincin emas putih dihiasi batu delima yang ringkas rekaannya. Danish turut menyukai pilihan Eka. Satu kejutan buat Eka bila Danish menghadiahkan seutas rantai yang telah ditempah awal-awal lagi. Loketnya berukir nama mereka berdua, Nish love Eka. Hatinya tersentuh melihat loket itu.

“tanda cinta abang yang ikhlas buat Eka,”bisik Danish ditelinganya tika memakaikan rantai itu dilehernya. Setitis airmata mengalir dipipi Eka. Terharu. Danish mengesat air mata yang mengalir. Memahami hati isterinya itu.

“Terimakasih,”hanya itu yang mampu Eka ucapkan. Ketika itu mereka sudah berada di sebuah restoran.

“tak perlu berterima kasih, Eka berhak menerimanya. Tanda cinta kita. Mulai hari ni abang nak Eka belajar menerima abang dan mencintai diri ini. Abang tahu sukar bagi Eka menerima abang, abang juga sedar abang sudah banyak melukakan hati eka dan anak-anak. Tapi abang harap Eka dapat memaafkan abang dan abang nak Eka tahu abang teramat sayangkan Eka dan keluarga kita. Abang tak pernah menyesal berkahwin dengan Eka. Happy first anniversary sayang,” Pantas Danish menghampiri Eka, Diciumnya tangan dan pipi Eka. Eka terkejut. Terlupa akan tarikh itu… ya pada tarikh ini setahun yang lalu, dia telah menjadi isteri lelaki dihadapannya ini. Sungguh pantas masa berlalu.

“Jangan menangis, abang tak mampu melihat air mata Eka menitis lagi. Abang janji selepas ini abang akan pastikan Eka takkan menangis lagi,” bisik Danish sambil mengesat air mata dipipi Eka. Eka terharu. Disembamnya muka ke dada Danish. Teresak dalam pelukan Danish. Apakah makna semua ni? Ikhlaskah kata-kata Danish itu. dia ingin mempercayainya tetapi hatinya masih lagi ragu. Adakah Danish mencintainya atau pun itu hanya satu mimpi… hanya seketika sahaja, bila terjaga dia akan terluka lagi? Bagaimana dengan Erin? Adakah Danish masih mencintai Erin? Eka keliru…

Erin merenung wajah dihadapannya, tersenyum. Hanya mereka sahaja yang tahu maksud senyuman tersebut. Mata saling bertatapan, mesra. Pertemuan yang tak diduga sama sekali.mereka terikat dengan kisah cinta yang sama. Cinta yang tiada taranya buat insane yang dikasihi. Cinta yang tak mungkin akan berakhir. Hanya mampu berharap agar ada lagi peluang buat mereka. Mungkinkah??? Selagi ada kudrat, mereka akn terus berusaha agar orang yang mereka cintai bahagia…

Puan Salbiah merengus kasar. Tidak berpuas hati dengan keputusan anaknya. Tidak diduga Danish sanggup membantah arahannya. Harapannya untuk bermenantukan Erin berkecai… rancangannya punah. Keluarga Erin juga tidak rela anak mereka menjadi isteri nombor dua… sebagai perampas… geram.

Bencinya makin membukit pada Zainab dan Rahim. Dirinya rasa dikhianati. Teringat kisah dahulu, kerana perebutan harta, dia menjadi korban. Sulaiman, abang Rahim sanggup mengkhianati cinta mereka hanya kerana berdendam pada ayahnya. Dia hanya dipergunakan sahaja. Paling menyakitkan hati bila Sulaiman mengahwini Rahmah, kakak Zainab. Tak percaya Rahmah sahabat yang paling dipercayainya sanggup mengkhianatinya. Pedihnya rasa hati saat itu malah luka ini masih lagi terasa sakit walaupun Rahmah dan Sulaiman sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya setahun selepas peristiwa itu. Sejak itu hubungan keluarganya dengan keluarga Rahim dan Zainab terus berkocak. Demdamnya tak pernah padam. Tidak akan sesekali dia menerima keturunan Sulaiman dan Rahmah.

Danish terjaga dari tidur, matanya merenung Eka yang tertidur nyenyak disebelah. Begitu juga Haziq dan Sofea. Malam tadi mereka semua tidur di ruang tamu setelah selesai menonton dvd bersama. Bahagia. Itulah yang dirasakan saat ini. Dia mencium dahi Eka perlahan. Kini dia sudah menjumpai permata yang dicarinya selama ini. Pasti hatinya milik Eka. Tanpa disedari, dia mencintai Eka. Entah bila cinta ini bermula. Cuba dihitung saat hatinya terpaut kepada Eka, tiada jawapan yang pasti. Pedulikan itu semua, yang penting cinta ini harus dipertahankan.

Baby… Boy sudah menemui cinta yang Boy cari selama ini. Boy yakin hanya dia yang ditakdirkan untuk Boy. Bahagianya saat ini Boy rasakan. Boy harap Baby juga bahagia walaupun dimana Baby berada saat ini. Alangkah indahnya jika Baby ada disisi Boy, kita bersama-sama berkongsi detik-detik bahagia ini bersama. Berkongsi segala rahsia, bersama-sama menganyam impian untuk membahagiakan orang yang kita cintai. Melihat anak-anak kita membesar bersama. Sudahkah Baby temui orang yang baby cintai saat ini??? Boy harap baby sudah menemuinya… moga suatu hari nanti akan ada pertemuan antara kita…..

Fea seronok sangat sekarang, papa selalu ada disisi Fea. Papa juga selalu bawa Fea dan mama ngan adik Haziq jalan-jalan. Kadang-kadang papa tolong Fea ajar adik Haziq berjalan. Sekarang adik Haziq sudah belajar berjalan, malah adik Haziq sudah pandai sebut ma dan pa. papa gembira betul bila adik Haziq sudah pandai panggil pa… mamacu pun sama oppsss sekarang Fea dah tak panggil mamacu tapi Fea panggil mama. Tapi Fea tak tahu kenapa nenek tak suka mama…. Cuma atuk je yang baik. Atuk selalu datang ke rumah, main ngan Fea…

Eka sedang leka memasak juadah berbuka puasa. Hari ini Danish memintanya memasak masak lemak ketam dengan nanas serta pudding caramel. Dalam kelekaan itu, sepasang mata memerhatikannya dari tadi. Tanpa disedari, pinggangnya dipaut. Eka sekadar tersenyum. Hidungnya sudah sebati dengan haruman tubuh itu sejak beberapa hari ini. Kemudia sejambak bunga ros disuakan kepadanya.

“Thanks…”ucapnya sambil mencium bunga ros itu.

“hmmm… bunga jeke yang dapat? Tuannya???:” bisik Danish romantis. Bibirnya menium nakal leher dan telinga Eka…

“Nish… please… I tengah masak ni. Kita kan puasa,” ujar Eka, berusaha menolak tubuh Danish yang masih lagi memaut erat tubuhnya.

“Well… sekarang you bolehla lepas tapi malam nie…. Kita tengok nanti…” Danish masih lagi tidak melepaskan Eka. Eka sudah agak rimas.

“papa buat ape tu???” tegur Sofea tiba-tiba. Danish pantas melepaskan pautannya pada tubuh Eka. Terkejut dengan kehadiran Sofea. Hmmm… Fea ni kacau daun betul… baru je papa nak manja dengan mama… rungut Danish dalam hati.

Eka sekadar ketawa melihat wajah Danish yang terkulat-kulat bila disergah Sofea. Mujur Sofea ada, kalau tidak tak tahulah sampai bila Danish melepaskannya. Sofea masih lagi merenung wajah papanya, tersengih nakal melihat wajah papa yang agak merah, begitu juga dengan mama.

“Fea ni kacaulah… tak bagi can papa nak manja-manja dengan mama…” ujar Danish sambil memaut mesra bahu Eka. Eka lemas apabila Sofea turut memeluk tubuhnya. Pasti anak kecil itu cemburu melihat Danish melihat kemesraan Danish padanya.

“Apa papa ni, mama, mama Fea. Cuma Fea yang boleh peluk mama tau. Lagipun Fea dah wangi, papa busuk… balik kerja tak salin baju. Mama sayang Fea kan?” ujar Sofea. Danish pantas memaut tubuh Sofea dan memelkuknya. Sofea meronta untuk melepaskan diri. Eka sekadar ketawa.

“Sape suruh Fea kata papa busuk, sekarang Fea pun dah busuk macam papa,” balas Danish. Masih lagi memeluk Sofea. Sofea ketawa riang sambil menjerit-jerit bila Eka dan Danish mengeletek tubuhnya.

“Tak nak kawan dengan mama dan papa…” ucap Sofea sambil berlari ke ruang tamu bila berjaya melepaskan diri dari pelukan Danish dan Eka. Eka dan Danish ketawa riang melihat gelagat Sofea. Bahagia.

0 comments:

ANDA SUKA