BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, March 24, 2010

hc10

hampir dua jam masa diambil untuk mengemas dapur, Eka hanya memerhatikan sahaja Sofea dan Danish mengemas semula dapur. dia buat tidak tahu je. sedar-sedar, Danish dan Sofea sudah terbaring di ruang tamu. tertidur. Letih mengemas dapur agaknya. walaupun tidak sebersih biasa namun boleh diberi empat bintang atas kerajinan mereka berdua mengemas... dia membiarkan mereka tertidur di ruang tamu, manakala dia bersama-sama Haziq Amsyar tidur di bilik.

*************************************************************

Boy berlari laju ke arah Baby yang menantinya. Dia baru mendapat khabar yang Baby akan berpindah, kemana?? dia tidak tahu. tiba-tiba sahaja Muzaffar memberitahunya. Baby merenung sayu wajah Boy yang masih tercungap-cungap dihadapannya.

"Betulke baby nak pindah?"tanya Boy setelah nafasnya stabil kembali. huh..dia sendiri tidak sangka dia mampu berlari selaju itu. baby rakannya, mereka selalu bermain dan ke tadika bersama-sama. Baby sekadar mengangguk. dia turut sedih. sedih untuk meninggalkan Boy.

"Kenapa? kenapa Baby nak tinggalkan Boy? Baby kan dah janji?" tanya Boy. matanya sudah berkaca, Baby sudahpun menangis. tak sampai hati melihat wajah Boy yang sedih itu.

"mama dan papa nak pindah, Baby tak tahu kenapa. tapi Boy jangan sedih Baby janji tak akan lupakan Boy dan janji-janji kita," Baby terus memeluk Boy. hari ini mereka akan berpindah, mujur dia berjumpa Muzaffar, melalui Muzaffar dia titipkan pesan agar Boy berjumpa dengannya ditempat biasa. dan petang ini, petang terakhir mereka akan bersama.

"Boy pun janji tak akan lupakan Baby dan janji kita..." ucap Boy. Baby tersenyum. tiba-tiba terdengar panggilan dari Along, dan mereka berpisah di situ, belalang dari daun kelapa yang dibuat Boy kejap dalam genggaman tangannya. matanya merenung sayu pada wajah Boy. begitu juga dengan Boy... Baby janji Baby takkan lupakan Boy............Boy janji Boy takkan lupakan Baby.........

Baby merenung lesu belalang yang dibuat dari daun kelapa itu. kenangan itu sentiasa hadir kala matanya terpandang belalang pemberian terakhir dari Boy sebelum mereka berpisah. Belalang itu di temui ketika mengemas stor beberapa minggu yang lalu. Boy maafkan Baby… tanpa sengaja Baby melupakan Boy dan janji-janji kita. Agaknya apa yang berlaku kini merupakan pembalasan pada Baby. Masa yang berlalu menyebabkan Baby terleka dan bayangan Boy semakin hilang... hanya kini, baru Baby menjejaki semula teratak kenangan kita yang Baby simpan jauh di dasar hati sehinggakan Baby sendiri terlupa jalan menuju ke teratak kenangan kita itu. Maafkan Baby, Baby telah memungkiri segala janji-janji kita. Walau dimana Boy berada kini, Baby akan tetap mendoakan agar Boy bahagia selamanya.

Mungkin Boy juga sudah melupakan Baby, atau masih setia pada janji-janji kita… Baby harap Boy berbahagia. Maafkan Baby kerna tanpa sengaja telah menodai janji-janji kita… dan kini Baby telah menerima pembalasannya… Baby telah dilukai dan melukai hati orang yang paling Baby sayang…

Boy melangkah riang memasuki pejabatnya. Langkahnya terhenti dihadapan setiausahanya yang sedang leka membuat sesuatu. Bila melihat hasil yang terdampar diatas meja setiausahanya, dia terpaku. Hatinya teringatkan seseorang, seseorang yang telah lama dlupainya… Baby, bisiknya sendiri… setiausahanya terkejut melihatnya. Dia sekadar tersenyum hambar dan terus masuk ke biliknya. Pada setiausahanya dititipkan pesanan agar dia tidak diganggu.

Kenangan lama itu hadir kembali. Setelah lebih dari dua puluh tahun, nama itu hadir kembali. Baby…… dimanakah anak gadis comel itu sekarang? Tentu sudah dewasa dan mungkin juga sudah dimiliki orang lain… mungkin juga sudah menjadi ibu kepada anak-anak yang comel.

Maafkan Boy, tanpa sedar Boy menodai janji-janji kita. Boy janji nak cari Baby bila Boy dah besar, tapi Boy tak lakukannya… Boy biarkan masa berlalu dan nama Baby terus terpadam dalam diari hidup Boy sehingga kini, malah Boy telah serahkan hati ini pada orang lain…maafkan Boy… walau dimana Baby berada, tak kira apa yang berlaku, samaada Boy masih berada dalam ingatan Baby atau tidak, Boy doakan Baby bahagia…


Masa terus berlalu, Eka semakin senang dengan kehidupannya kini walau sesekali kenangan bersama Rie tetap hadir menjengah kala dia kesunyian… namun dia sudah dapat menerima ketentuan takdir… jodohnya bukan bersama Rie… mereka hanya diketemukan untuk bercinta tapi bukan untuk bersama. Danish juga semakin bertanggungjawab. Hari minggu sering dihabiskan bersama-sama Sofea dan Haziq, malah anak-anak itu makin rapat dengan lelaki itu. namun penerimaan ahli keluarga Danish masih lagi dingin, hanya bapa mertuanya sahaja menerimanya dengan tangan terbuka.

Haziq sudah pandai ketawa bila diagah, dia benar-benar bahagia melihat sikecil itu membesar. Adakalanya Sofea merungut bila dia lebih memberi perhatian pada Haziq berbandingnya. Dia hanya ketawa melihat gelagat Sofea yang merajuk bila dia tidak memperdulikannya. Akhirnya si kecil itu akan mengadu pada papanya. Danish hanya membiarkan sahaja malah adakalanya menambahkan lagi rajuk Sofea apabila turut melebihkan si kecil dan akhirnya dia akan ketawa riang melihat gelagat Sofea dan Danish. Seperti biasa Sofea pasti mengadi pada mama di telefon, mama pula akan pura-pura memarahinya dan Danish dan tika itu Sofea akan ketawa riang. Ahhh betapa bahagianya melihat senyum tawa anak-anak itu… diarasakanm pengorbanannya selama ini berbaloi.

1 comments:

jat said...

hana!!! =)

lama xdgr cite..
hana sehat? nak tau x?
klu rindu nak bc hc,
jat g cr balik kat kmc
yg save dah ilang
laptop ni sokmo buat hal hana

neway sambung bg abis hc kat sini
senang jat nak ngintai2 bila free...
heheheeee

okeh, take care.. =)

ANDA SUKA