BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, March 24, 2010

hc2

Malam itu, semua keresahan bila Zarith Sofea demam. Mama keresahan di sudut bilik. Anak kecil itu terbaring lemah di atas katil. Menurut doctor yang merawat Sofea, anak itu begitu merindui kehadiran umi dan walidnya. Papa juga kelihatan sangat risau melihat keadaan cucu perempuan tunggalnya itu.

“mama, pergilah rehat dahulu, biar Eka aje yang jaga Sofea,” mama sekadar menggeleng. Aku kasihan melihatnya. Wajah mama kelihatan tidak bermaya apatah lagi semalaman kami berjaga menjaga Sofea yang sesekali meracau memanggil-manggil umi dan walidnya. Tika itu air jernih mengalir lesu dari tubir mata mama.

“betul cakap Eka tu mamanya, awak pergilah rehat sekejap. Kan ke si Ramzan dah beritahu keadaan Sofea dah semakin stabil. Panas badannya pun dah berkurangan. Saya takut nanti awak pulak yang sakit,” arah papa pada mama. Mama merenung wajah Sofea dan mengucup dahi si kecil sebelum melangkah menuju ke kamarnya. Begitulah mama, hanya papa sahaja yang mampu melenturkan kedegilan mama. Mama begitu hormat dan menyanyangi papa dan aku sedar selama ini jarang aku lihat mama ingkar pada kata-kata papa.
Papa juga melangkar keluar dari kamar sikecil. Hanya tinggal aku dan Haziq Amsyar sahaja menemani Sofea. Haziq Amsyar masil lagi nyenyak tidur. Kelihatan tidak terganggu dengan situasi yang berlaku. Aku merenung wajah Sofea yang menyerupai wajah uminya, kak Lia. Rindu dihatiku terhadap kak Lia terubat seketika kala memandang wajah itu. Kak Lia, Eka terlalu rindukan kak Lia…… rumah ini semakin sunyi dan sepi.

Kesihatan Sofea semakin pulih walaupun adakalanya dia masih lagi meracau memanggil umi dan walidnya ketika tidur. Haziq semakin membesar dan iras wajahnya menyerupai wajah arwah abang Razif. Mama kelihatan agak resah, dua hari lagi wasiat arwah abang Razif dan kak Lia akan di baca. Hak penjagaan juga akan di tentukan setelah selesai pembacaan wasiat itu. Papa hanya tenang dan sesekali ketawa melihat telatah Sofea. Aku tahu papa juga gusar memikirkan hal itu, namun papa bijak menyembunyikan resahnya. Tidak ingin mama bertambah resah memikirkan hal itu.

Hari yang din anti tiba jua. Ibu bapa abang Razif awal-awal lagi sudah tiba. Suasana hening kala Encik Zamarul, peguam abang Razif membacakan wasiat abang Razif dan kak Lia. Aku tergamam apabila mendengar wasiat yang di baca oleh Encik Zamarul. Begitu juga dengan mama dan papa serta ibu bapa abang Razif. Adakah aku hanya bermimpi… tak mungkin ini permintaan abang Razif dan kak Lia. Aku tak mampu melakukannya…… sanggupkan aku menerimanya…untuk itu aku terpaksa mengorbankan zaman remaja aku…… ku semakin keliru.

0 comments:

ANDA SUKA