BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Sunday, March 28, 2010

HC18(Final)

"Danish...Danish.."sayup-sayup terdengar suara itu di telinganya. Pantas Danish membuka mata. Terkebil-kebil dia memandang wajah papanya. Cuba mengingati dimana mereka berada. Ya Allah Eka....

"Ish... kamu nie dalam kalut-kalut macam nie pun leh tidur..." keluah Encik saiful sambl tersenyum.

"Aahh... papa ni leh lagi tidur...pastu siap mimpi lak tu. Papa mimpi apa sampai jerit-jerit nieh? pastu nangis lagiek?" balas Haziq sambil ketawa. Sofea pula hanya tersenyum. Dia sedang mendukung adiknya Muhd Eiman Zulhaqiem yang berumur empat tahun. Danish terkebil-kebil mendengar soalan dari anak lelakinya itu. Hai... waktu kecil dahulu, Haziq agak pendiam tapi bila dah masuk sekolah rendah... mulutnya mengalahkan Sofea pula.

Syasya Nur Aisyah yang berumur enam tahun itu pula ketawa riang melihat gelaat papa dan abannya. Lupa seketika mengenai mamanya. Ibu dan bapa mertua Danish hanya memerhati. Hai... mennatu mereka nan seorang ini... dah tiga kali berhadapan dengan peristiwa yang sama masih lagi fobia dengan pengalaman pertamanya. Mujurlah semuanya selamat.

"Eka dah selamatpun... Kamu dapat sepasang kembar..." ucap bapa mertuanya. pantas tubuh Danish dipeluknya. Erin yang memangku sepasang bayi yang baru lahir menghampiri Danish. Bayi-bayi comel itu akhirnya berada dalam dukungan Danish. Perlahan di cium ubun-ubun anak-anaknya itu.

"Eka mana?" tanya Danish tiba-tiba. Erin segera menunjukkan Eka yang sedang terbaring lemah di katil. Danish menghampiri isterinya. Satu ciuman di hadiahkan di dahi Eka. Bersyukur, semuanya selamat.

"Terima kasih sayang.." bisik danish perlahan. Eka hanya ketawa. Penat melahirkan anak-anaknya masih ada... tapi dia puas. Tak sangka untuk kandungan yang ke tiga ini, dia disahkan mengandung anak kembar. Bahagianya bila dikelilingi kaum keluarga dan ahabat handai.

Sepuluh tahun dahulu... dia hampir kehilangan nyawanya. Mujur semangat fari kaum keluarga dan sahabat handai membuatkan dirinya tabah melawan penaykitnya. Pengorbanan Erin, mendermakan tulang susu sumnya amat bermakna sekali. Dia terhutang budi dengan wanita itu. Malah kini mereka menjadi sahabat yang akrab sekali. Erin kini berbahagia bersama Rie. Pasangan itu kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Manakala Danish dan Rie telah menjadi teman yang akrab, sementelahan pula mereka berkongsi hobi yang sama. Memancing... Perkara yang Erin dan Eka tidak gemari. Anak-anak pula lebih senang mengikuti hobi papa mereka itu. Sofea pula sudah membesar menjadi remaja yang riang dan lincah. Malah Sofea juga boleh diharap untuk menjaga adik-adiknya. Anak perempuan mereka itu memang manja... walaupun sudah mencecah empat belas tahun masih lagi tak sanggup berenggang lama dengan mamanya....

"Terima kasih Tuhan kerna mengurniakan kebahagiaan ini. Kekalkanlah kasih kami selamanya..." doa Eka tidak putus-putus. Kini mentari semakin bercahaya menerangi setiap langkah perjalanan hidupnya dengan Danish... Semoga cinta ini terus kukuh bersemadi si sudut hati ini....

"Zarith Sofea, Muhd haziq Amsyar, Syasya Nur Aisyah, Muhd Eiman Zulhaqeim, Muhd Aliff Aiman dan Fatin Nur Amani...... sesungguhnya kamu semua adalah permata hati mama dan papa... membesarlah jadi anak-anak yang soleh dan solehah..." Itulah harapan Danish dan Eka buat permata hati mereka....

HC17

Eka menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor, Hari ini dia keseorangan. Danish ada urusan yang tidak dapat dielakkan. haziq dan Sofea ditinggalkan bersama-sama datuknya. Sejak dia hamil, Haziq dan Sofea lebih kerap bersama papa dan datuk mereka kerna dia mengalami alahan yang agak teruk, malah badannya juga agak lemah dan dirinya mudah pitam.

Tubuhnya terasa longlai menerima khabar dari doktok Azizah. Terkejut. Berharap ianya hanya mimpi, namun hampa. Apa yang perlu dilakukannya? Jalan apakah yang harus dipilih. Oh Tuhan, mengapa masih lagi ada duka kala aku meniti hari-hari bahagia yang Kau kurniakan. Patutlah tubuhnya agak lemah kebelakangan ini. Tabahkanlah diri ini. Mama janji sayang, walau apapun yang berlaku, mama tetap akan lahirkan sayang... bisik Eka perlahan sambil mengusap perutnya yang sudah memboyot itu. Air mata dipipi, dikesat. Sudah membuat keputusan, segalanya akan dirahsiakan demi anak ini.

********************************************************************

Erin tersenyum bahagia bila kini dirinya sudah sah menjadi tunangan orang. Yakin, pilihannya kali ini tepat. Hanya lelaki itu ditakdirkan untuknya. Cintanya juga semakin utuh buat lelaki itu. Kehadiran lelaki itu telah mengubat luka dihatinya malah hidupnya juga kembali berseri. Bersyukur. Malah, tidak sampai empat bulan lagi, dirinya akan bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati. Sikap ambil berat, bertanggungjawab dan kasih sayang lelaki itu telah menjerat hatinya.

Erin tersenyum bila melihat nama pemanggil di telefon bimbitnya. Segera dia menjawab panggilan itu.

"Hello, sayang tengah buat apa tu? tengah membelek cincin tunang kitake?"

"Ishh.. tak adalah, cuma tengah berfikir. Ada hikmah yang tersembunyi diatas apa yang berlaku. rasa macam mimpi je.."

"Yakinlah, sayang tak bermimpi, kini diri sayang milik abang. Ikutkan hati nak kahwin malam ni jugak ta.."

"Ye ke? lelaki bukannya boleh percaya... depan kita cakap lain, belakang kita..."

"Itu lelaki lain, bukan abang. Dalam hidup abang hanya ada dua wanita sahaja yang abang cintai... sayang dan ibu abang..."

"Ok... kita tengok nanti... abang sayang kena letak phone. mama dah panggil tu..."

"Ok... night sayang... mimpikan abang tau n jangan lupa kirim salam kat mak mertua abang yer," balas si pemanggil. Erin tersenyum riang. bahagia rasanya. Pasti, hanya lelaki itu sahaja yang bertakhta dihati...
Menghitung hari kelahiran si kecil merupakan detik yang paling mengembirakan Danish. Terasa setiap saat amat beharga. Tak sabar rasanya menanti kelahiran cahaya mata mereka yang pertama. Dirinya juga sudah semakin berubah, lebih bertanggungjawab. Tak sangka, takdir telah menemukan mereka, dan dia telah mensia-siakan banyak waktu, mujurlah tak terlewat. Danish berjanji akan membahagiakan Eka dan anak-anaknya. Semoga cahaya yang menyinari hidup mereka akan terus bergemerlapan dihalaman cinta mereka.

Eka merenung Danish yang tertidur di ribaannya. Wajah itu diusap lembut. Siapa sangka, dia akan jatuh cinta pada lelaki itu. Pelbagai dugaan telah mereka tempuh, mujurlah masih ada sinar yang menerangi jalan yang penuh liku ini. Tidak sampai hati rasanya untuk memusnahkan kebahagiaan mereka. Cintanya terlalu utuh untuk lelaki itu, dan kerna itu dia sanggup bekorban. tahu Danish dan semua ahli keluarganya sudah tidak sabar menanti kelahiran permata pertama mereka. Dia tak sanggup menghampakan mereka. Sudah banyak persiapan menyambut orang baru Danish sediakan. Malah Danish juga suka membelikan baju padanya. Katanya Eka nampak comel sangat ketika hamil.

Luekimia? banarkah? Bagaikan tak percaya. Dugaan apakah ini? Terasa tak berdaya untuk menghadapinya. Bolehkah dia bertahan sehingga tempoh kelahiran? Bagaimana reaksi danish jika mengetahui perkara ini? mama dan papa? Mereka pasti akan bersedih, dan dirinya tak berdaya melihat insan-insan kesayangannya bersedih. Biarlah dirinya sendiri menanggung derita ini. Sekurang-kurangnya jika takdir tidak menyebelahinya... anak ini menjadi lambang kasih sayangnya... tanda cintanya yang tidak berpenghujung buat Danish. Anak ini akan mengantikannya menemani Danish dihari yang akan datang. Eka pasrah jika itu takdirnyaErin tersenyum memandang ke arah tunag tersayang. hari ini mereka berjanji untuk brjumpa dengan seseorang yang sangat istimewa. Erin masih lagi berdebarm entah apa penerimaan insan yang ingin ditemuinya. Adakah mereka akan kecewa ataupun gembira dengan pilihan hatinya. Tangan Erin tiba-tiba digemgam oleh tunangnya, seolah-olah dapat merasai debar hatinya kala itu. Tersenyum ke arah tunang tersayang.

"Rin rasa berdebar la pulak... Entahla tiba-tiba rasa takut nak tengok reaksi mereka.

"Ish... tak de apalah. Saya ada, buata apa awak nak takut lagi?"

"Boleh cayake? manalah tahu jumpa kekasih hati terus lupa kita kat sebelah,"

"Berapa kali abang nak bagi tahu sayang, dia tu memori silam, dah takde kena mengena dengan kisah kita... tapi awak masa depan sayam, orang yang paling saya cintai selepas ibu saya,"

"Entahla, kadang-kadang Ris takut sangat. Macammana kalau kisah kita akan berakhir macam dulu? Rin takut untuk kecewa sekali lagi,"

"Jangan bimbang, selagi ada jodoh dan cinta awak pada saya, saya akan terus pertahankan hubungan kita. Itu janji saya... Walaupun awak bukan yang pertama, tapi awaklah insan terakhir yang saya cintai..." erin tersenyum, yakin dengan kata-kata lelaki disebelahnya itu. Berdoa agar ditetapkan hati mereka, agar rasa cinta ini tidak akan berubah malah akan terus bersemarak dikamar hati...

'I Love U' tidak perlu berkata-kata kerana sinar mata mereka telah memancarkan bahasa hati masing-masing. Benarkah cinta pertama itu cinta sejati? Mungkin dulu mereka berpendapat begitu tapi sekarang mereka yakin... cinta pertama hanya mengajar mereka erti cinta yang sebenar,Jika bernasib baik percintaan itu akan berjaya... jika tidak akan dijadikan pedoman untuk menempuh episod cinta yang mendatang. Tak semestinya cinta ke dua tau seterusnya tak seindah cinta pertama, malah mungkin lebih indah dari itu...
Erin
tersenyum memandang Danish yang kaku dihadapannya. Tahu, lelaki itu tentu pelik bila dia datang bertandang. Serba salah, Danish tak tahu samaada untuk menjemput
Erin
masuk atau tidak. Eka pula sedang sibuk memasak di dapur. Akhirnya, Danish menjemput juga
erin
masuk. Danish bertambah terkejut melihat seorang lelaki yang emakin menghampiri mereka. Apa makna semua nie? Keliru... namun dijemput juga tetamu-tetamunya duduk. Kemudian, segera dia ke dapur.

"Hmmm... sayang kita ada tetamu...,"Danish memberitahu Eka, agak serba salah. Berkerut dahi Eka bila melihat reaksi Danish. Tetamu? siapa yang datang sehingga suaminya kelihatan resah sekali. tangannya yang sedang memotong sayur terhenti.

"Siapa bang? jemputlah mereka masuk, yang abang tercegat kat dapur ni kenapa? kata ada orang datang, pergilah layan,"

"Abang minta maaf, abang tak jemputpun mereka datang," balas Danish. masih lagi serba salah. Tak tahu apa reaksi Eka jika tahu siapa tetamu mereka.

"Ish abang nie, dah orang nak datang biarlah. Siapa yang datang sebenarnya sampai suami Eka yang tersayang ni berpeluh-peluh dan resah semacam jer nieh?" tanya Eka, tangannya sudah memaut leher danish mesra. Danish memaut tubuh isterinya. tersenyum, semenjak hamil Eka menjadi lebih manja dengannya.

"
Erin
dan Rie yang datang..." bisik Danish perlahan di telinga Eka. Terasa kaku tubuh Eka yang berada dalam pelekannya. Tahu Eka juga pasti terkejut dan hairan, seperti dirinya. Entah apa motif
Erin
dan rie datang bersama-sama? Sejak bilakah mereka saling mengenali?

"Eka tak apa-apa?" tanya Danish agak riau bila Eka mendiamkan diri agak lama.

"Abang jangan bimbang, merekakan tetamu kita. Abang pergilah ke depan dulu. Tak baik tinggalkan tetamu lama-lama tau..." balas Eka sambil merenggangkan pelukannya. Danish akur. Sempat mencium pipi Eka sebelum melangkah ke ruang tamu. Eka sekadar tersenyum. Segera dia mematikan api dapur, kari ayam yang mengelegak di tutup separuh dengan tudung periuk. Segera membancuh air minuman untuk tetamu. Bingka ubi baki sarapan pagi tadi dikeluarkan. Setelah siap semuanya, dia melangkah ke ruang tamu sambil menatang dulang minuman. Bersedia dengan segala kemungkinan.
Eka tersenyum melihat tetamunya. Danish pula brwajah serius, sesekali matanya menjeling Rie yang sedang leka memandang Eka.
Erin
pula berlagak biasa. Tahu, Rie hanya ingin mempermainkan Danish. Matanya bertaut dengan mata Eka, bingkas
Erin
bangun dan mengambil dulang dari Eka. Tak sampai hati melihat keadaan Eka. Wajah Eka nampak pucat tapi berseri-seri mukanya.

"Takpalah Rin, Eka boleh bawa lagi dulang nie,"

"Tak susah Eka, lagipun Eka nampak macam tak sihat je? Susah benar Rin tengok Eka berjalan, termengah-mengah," balas
Erin
sambil ketawa. Mesra, seolaholah antara mereka tidak ada permusuha sebelum ini.

"Macam nilah Rin, perut ni makiin membesar. kadang-kadang nak bangun pun tak larat dibuatnya," balas Eka sambil duduk disebelah Danish. Danish tersenyum ke arah isterinya. Hatinya dipagut hairan meihat betapa mesranya hubungan Eka dan
Erin
. Rie pula kelihatan selamba. Matanya bertentang dengan
Erin
, ada cahaya cinta yang terpancar.

"Kami datang ni nak minta maaf..." Rie memulakan bicara setelah suasana sepi menghuni suasana.
Erin
hanya tersenyum. Mengangguk bila matanya bertaut dengan Eka. Berkerut dahi Eka memikirkannya. Maaf? Untuk apa?

"Maaf? Tapi untuk apa?" tanya Danish tanpa sabar.

"Kerana kami, hubungan you dan Eka agak keruh. Bukan niat I dan
Erin
untuk memecahbelahkan rumah tangga you dan Eka tapi kami cuma nak sedarkan you dan Eka betapa kamu berdua saling mencintai antara satu sama lain," terang Rie pangjang lebar. Eka dan Danish terkejut... jadi selama ni...

"Tapi macam mana Rie dan
Erin
..." tanya Eka pula. Hairan, bagaimana Rie dan
Erin
saling mengenali antara satu sama lain.

Rie pun memulakan cerita bagaimana dia bertemu
Erin
ketika hatinya sedang terluka. Sesekali Erin turut mengiyakan kata-kata tunang kesayangannya. Eka dan Danish bertambah terkejut bila Rie dan
Erin
memberitahu mereka telahpun mengikat tali pertunangan. Walaupun begitu, Danish dan Eka turut gembira menerima berita tersebut. Bersyukur, akhirnya
Erin
dan Rie telah menemui cinta sejati masing-masing. Hidup ini anehkan? penuh dengan kebetulan yang tak terduga. Mereka berbual mesra, tiada lagi perselisihan faham dan salah sangka.

********************************************************************

Eka menyikat rambutnya, terkedu bila melihat banyak rambutnya yang gugur. Tidak tahu apa perasaannya kala itu. Hatinya begitu sedih sekali. Sedar, sejak kebelakangan ini rambutnya sudah banyak yang gugur. Mujur Danish tidak bertanya. Segera helaian rambut yang gugur itu di ambil dan dimasukkan ke dalam plastik. Bimbang jika Danish melihatnya. Pasti suaminya akan bertanya dan kehairanan. Sudahlah beberapa hari yang lalu Danish menegur mukanya yang semakin pucat dan tubuhnya yang semakin lemah... tergamam dia... tiada jawapan yang dapat diberi... mujur Danish tak memanjangkan hal itu bila dia hanya mendiamkan diri.
Danish merenung ke arah Eka yang sedang melayani Sofea. Sudah lama dia perasan akan perubahan Eka, isterinya itu semakin hari semakin pucat wajahnya. Malah Eka juga sering pitam. Mungkin kehamilannya merubah keadaan kesihatannya, itu yang sering Eka jawab bila dia menyoal tahap kesihatan isterinya itu. Malah Eka juga adakalanya tidak suka dia menemani ketika melakukan pemeriksaan bulanan, aneh. Tapi ada aje alasan Eka, kononnya tak mahu dia susahkan diri tambahan pula dia agak sibuk kebelakangan ini.

Haziq ketawa riang dalam pelukan mamanya. sesekali dia memeluk tubuh mamanya. Eka senang dengan sikap Haziq, diakui Haziq memang anak yang manja. Entah bagaimana keadaan Haziq nanti seandainya.... Eka takut memikirkan segala kemungkinan itu. Tak dapat dibayangkan bagaimana gidup Danish bersama-sama anak-anak tanpa dirinya. Sofea pasti bersedih, anak kecil itu tidak betah berpisah lama dengannya.

Kesal??? tak pernah sekalipun dia menyesali keputusan yang diambilnya walaupun tahu risikonya cukup tinggi. Berdoa agar semuanya selamat. Dia masih belum bersedia meninggalkan keluarganya. Masih banyak yang ingin dia lakukan. Masih banyak yang ingin dia lihat. Kalau boleh Eka ingin melihat anak-anaknya membesar, berjaya di dalam pelajaran dan juga ingin melihat anak-anaknya bahagia dengan kehidupan masing-masing. Eka juga tak sanggup meninggalkan Danish. Terlalu singkat masa mereka bersama. Jika boleh, Eka ingin menemani Danish sehingga tiba hari-hari tua mereka. Tentunya tika itu mereka sibuk melayani kerenah anak cucu. Indahnya jika itu semua tercapai... dan kerna impian itu juga, Eka bertekad melawan penyakit yang menghuni tubuhnya itu. Dia sesekali tak akan tewas dan berputus asa... semuanya demi Danish dan permata hati mereka... Mama janji saying
Boy... saat ini Baby keliru, Mengapa masih ada derita setelah bahagia tercipta... Mengapa masih ada dugaan kala cinta ini makin membara. Boy, Baby tak berdaya adakalanya bila berdepan dengan takdir ini. Baby tak tahu sampai bila diri ini mampu berpura-pura dihadapan dirinya. baby tahu, adakalanya dia sangsi tapi apa lagi yang boleh Baby lakukan? Baby tak mampu lihat dia bersedih kerana Baby akan makin lemah jika dia turut menderita seperti Baby. Baby tahu, Baby takkan mampu sembunyikan rahsia ini selamanya... tapi Baby perlukan masa untuk membina kekuatan diri tuk menghadapi dirinya. Baby tak nak dia sedih melihat diri Baby, Baby tak nak dia rasa bersalah dia atas apa yang terjadi kerana ini pilihan baby. Baby yang memilih jalan ini... dan Baby juga tahu, seandainya dia tahu, pasti Baby tak mungkin akan mengecapi nikmat ini... nikmat mengandungkan permata hati kami berdua... melalui detik-detik indah ini, Baby semakin yakin dengan jalan yang dipilih... Salahkah Baby kerana merahsiakn ini semua darinya???


Baby, Hati ini sering resah. Entah mengapa, adakalanya terasa dirinya jauh walaupun kami begitu dekat sekali. Boy dapat rasakan sesuatu, Riak wajahnya, bahasa tubuhnya seolah-olah merahsiakn sesuatu dari diri ini. Apa yang dirahsiakannya? Boy buntu mencari jawapannya. Hati ini seringkali bimbang akan keadaan dirinya, malah sejak kebelakangan ini Boy sering bermimpi... Mimpi yang amat menakutkan... Mimpi dia akan meninggalkan Boy... Boy amat takut baby, Boy tak ahu bagaimana nanti hidup ini jika Boy kehilangannya. Dia merupakan nadi hidup ini, seandainya dia pergi... Boy takut memikirkannya. Diri ini masih lagi belum puas berteduh di bawah lembayung kasihnya... Masih banyak lagi perkara yang ingin Boy kongsi bersamanya... Boy sentiasa berdoa agar jodoh antara kami kekal selamanya... Kerna hanya dia yang Boy dambakan untuk menemani diri ini meniti usia sehingga kepenghujungnya... Hanya dirinya... tiada lain lagi...
Danish merenung wajah Eka yang tertidur di sebelahnya. Wajah itu nampak letih sekali, manataknya, seharian hari ini mereka keluar mencari barang-barang keperluan baby yang akan lahir nanti. Dibelai lembut rambut Eka, telah lama dia tidak buat begitu. Sejak hamil, Eka tak suka rambutnya dibelai. Tersenyum. Tidak lama lagi, keluarga ini akan lengkap. Tersentak.... Berkerut dahi Danish merenung tangannya.

'Banyaknya rambut yang gugur...' Danish kehairanan. Patutlah Eka tak suka rambutnya dibelai seperti selalu. Rahsia apa yang disembunyikan Eka? Eka sakitkah? Cuba mengingatkan sesuatu. Sedar, lagak isterinya seolah ada rahsia yang tersembunyi... Malah kelakuan isterinya juga agak aneh... Eka juga cepat letih dan badannya juga semakin hari semakin lemah... Akan aku siasat apa yang disembunyikannya selama ini...

Danish terus ke tingkat atas, ingin mandi. Eka yang masih lagi tidur dibiarkan. tak sampai hati untuk mengejutkan isterinya itu. Matanya memandang ruang bilik yang kemas teratur. Segera dia membuka pintu almari, mencari tuala. Baru teringat Eka telah membasuh tuala yang digunakannya. Ish manalah Eka letakkan tuala nieh? mencari... manataknya, sejak mereka berkahwin, segala keperluannya telah tersedia... Eka menyediakan segala-galanya malah isterinya itu memang gemar memanjakannya. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah diari yang tersembunyi diantara lipatan tuala. Segera Danish mengambil diari itu. Tahu salah perbuatannya itu, tapi desakan hatinya yang terlalu inginmengetahui isi kandungan diari itu tak tertahan lagi...

Kejutan demi kejutan yang diterimanya.. Matanya turut basah... setiap helaian diari itu di baca. adakalanya dia tersenyum membaca coretan-coretan itu. Di helaian satu muka surat, matanya terpandang seekor belallang darui daun kelapa, diambilnya. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu, tanpa sabar, terus dibacanya kisah seterusnya.... Boy???? Baby???? Oh Tuhan... apakan makna semua ini.... Dirinya yang jauh terasa begitu dekat sekali.... Tersenyum... memori lama kembali... Rupanya yang dicari sudah berada di depan mata... Cuma dia yang tak sedar... Danish terus membaca.... Dan di helaian-helaian terakhir... Satu lagi kejutan diterimanya... Benarkah? Tidak... Tak mungjkin ini akan terjadi? Mana mungkin.... Danish tak percaya dengan apa yang dibacanya.... Tak mungkin... Eka tak mungkin akan meninggalkannya....
Danish mengesat matanya. Diari itu disimpan di tempat itu semula. Perlahan dia melanglah menuju ke Arah Eka. Dicium dahi dan ubun-ubun Eka. Eka masih lagi tertidur. Tangn Danish menggemgam erat tangan Eka, Perlahn Dicium tangan Eka.

"Terima kasih sayang...... pengorbanan ini amat bermakna tapi abang tak sanggup kehilangan Eka... Kenapa Eka mesti merahsiakan perkara sepenting ini dari abang..." tanpa sedar air mata Danish membasahi pipinya. Baginya tak salah jika seorang lelaki iyu menangis. Tangisan itu bukan bermakna dia lemah tapi satu luahan rasa kala emosi tidak mampu lagi dibendung.

Eka tersedar bila terasa ada titisan air yang jatuh menimpa pipinya. Perlahan-lahan Eka membuka mata. Terkejut melihat Danish yang sedang melutut disisinya. Ada airmata yang mengalir di pipi lelaki itu. Mengapa? Bimbang, setahunya Danish bukanlah seorang yang mudah mengalirkan air mata. Malah di hari kematian Puan Salbiah, ibunya sendiri Danish kelihatan amat tenang. Tak setitispun airmatanya mengalir... tapi kini dihadapannya lelaki itu menitiskan airmata, pasti ada sesuatu yang berlaku... tapi apa???

Danish tersentak bila terasa ada tangan membelai rambutnya mesra. Matanya bertentang dengan Eka, isterinya kelihatan tersenyum memandang ke arahnya, tetapi mata itu memancar sinar kehairanan... Pasti Eka terkejut melihat dia menangis... tapi rasanya tak salah... Hatinya bertambah sayu melihat mata bening milik Eka. Tak sanggup rasanya untuk melukai hati isterinya itu... Malah, sebentar tadi bila terfikir kepayahan dan kesakitan yang Eka alami semata-mata untuk melahirkan zuriatnya... dia amat sedih dan terkilan kerana tidak berada di sisi isterinya... kasih sayang dan cintanya makin melimpah ruah untuk isterinya... pengorbann Eka tiada taranya... sedar...betapa cinta Eka begitu tulus buatnya... Ya... dia antara mereka yang sangat bertuah kerana dikurniakan isteri yang amat baik sekali... dan dia takkan mampu hidup tanpa Eka kerana disetiap denyut nadinya hanya ada Eka sahaja... Jikalah dia boleh memilih....
"Mengapa?"hanya itu yang mampu Eka tuturkan, tangannya pantas mengesat air mata yang mengalir di pipi Danish. Hatinya turut sebak melihat keadan Danish itu. Tanpa diduga, Danish terus memaut tubuh Eka, erat pelukannya pada tubuh itu. Eka semakin terpinga-pinga.

"Berjanjilah. please abang nak Eka janji... walau apapun yang berlaku jangan tinggalkan abang... please......"

"Eka janji... tapi mengapa?" Eka masih lagi terpinga-pinga. Apa yang difikirkan Danish??? Kenapa Danish begitu emosi sekali...

"Eka tahukan abang tak boleh hidup tanpa Eka dan anak-anak... Eka dan anak-anak meupakan kekuatan abang... Yang paling penting, abang tak nak Eka tinggalkan abang... Berjanjilah... walau apa yang berlaku Eka akan tetap disisi abang... bersama dengan abang meniti hari-hari tua kita... menikmati musim cinta tanpa sempadan ini.... Berjanjilah Eka takkan sekalipun meninggalkan Danishnya seperti Baby yang meinggalkan Boynya tanpa sebarang berita... berjanjilah... demi kasih kita... kasih Boy dan Baby... berjanjilah...:"

Terasa kaku tubuh Eka yang berada di dalam pelukan Danish... Boy dan Baby??? Janji???... Apakah makna semua nie??? Boy... adakah??? tak mungkin... adakah Danish sudah tahu??? Oh Tuhan... apa yang harus ku lakukan... apakah makn semua nie? Apakah yang tersirat disebalik dugaanMu ini... Tabahkanlah hati ku ini... aku perlu kuat demi mereka... seandainya aku lemah... Danish juga akan semakin lemah...
Boy..." Eka berbisik perlahan. danish memeluk Eka lebih erat. Dalam keekliruan itu Eka mula terfikirkan sesuatu... bagaimana Danish tahu mengenai Boy dan Baby... Adakah Danish juga tahu mengenai...... Oh! tidak...

"Yes... Boy... Boy yang sentiasa merindui Babynya... Maafkan Boy... tanpa sedar waktu telah memisahkan ingatan dan rasa rindu itu... maafkan boy Baby..."bisik Danish di telinga Eka.

"Apa maksud abang? bagaimana abang tahu kisah Boy dan Baby? Siapa beritahu abang? Maafkan Eka kerana tak beritahu abang mengenai Boy... Apapun Eka nak abang tahu, hati ini hanya milik abang sahaja..."balas Eka, bimbang sandainya Danish salah faham mengenai kisah Boy dan Baby...

"abang tahu semua itu... janji-janji kita dahulu ingat??? walau apun terjadi Boy takkan lupakan Baby... Boy tetap akan cari Baby walau dimana baby berada... Maafkan Boy kerana tak menunaikan janji-janji itu..."

"Jadi abang...." Eka bagaikan tak percaya. Matanya merenung Danish, Danish mengangguk, mengiyakan kata-kata iserinya. Eka pantas memeluk Danish. Gembira... Boy... akhirnya pencarian Baby tertunai sudah... Bagaikan tak percaya...
"Ya sayang.... masih ingat lagi..." Danish meletakkan belalang yang dibuat dari daun kelapa ke tangan Eka. Eka mengambilnya. Tersenyum, belalang itu merupakan hadiah terakhir dari Danish pada Eka sebelum mereka berpisah... Masih lagi tersimpan elok... Eka amat sayangkan belalang tu, tanda ingatan Baby kepada Boy. Ingatan yang tak pernah luntur walaupun bayangan itu menghilang seketika... tapi tersimpan kemas di lubuk hati... Boy dan Baby... lambang persahabatan yang tulus... malah dalam usia sekecil itu... hati mereka telah lama mengenali erti kasih sayang yang amat tulus... yang hanya disedari kala usia telah menginjak dewasa....Cintakah itu??? Mungkin inilah takdir untuk mereka.

"Jangan menangis... sepatutnya Baby akan ketawa riang bila dapat berjumpa Boy tapi Baby menangis pula... "gurau Danish sambil mengesat titisan airmata dipipi Eka. Lupa seketika mengenai persoalan utama yang ingin ditanya pada Eka. Kegembiraan bertemu semula antara Boy dan Baby terasa amat indah. Semoga kasih sayang ini kekal selamanya. Fahamlah mereka mengapa kak Lia dan abang Razif menulis wasiat itu... pasti mereka sudah lama tahu... terima kasih kak Lia, abang Razif... kerana memberi peluang untuk Eka dan Danish mengecapi kebahagiaan ini... terima kasih kerana menyatukan kami... Mungkin dulu Eka dan Danish tidak dapat menerimanya tapi kini...... segala-galanya begitu indah sekali... kebahagiaan ini teramat bernilai...

"Boy yang nangis dulu..." balas Eka, turut mengesat pipi Danish. Danish ketawa mendengar kata-kata Eka.

"Ye ke? Boy menangis bersebab... Baby pula menangis kerana apa? Takkan terharu sangat jumpa dengan Boy... mesti Baby tak sangka Boy akan membesar jadi lelaki yangn kacak dan macho... pastu jadi pula suami baby kan??? Indah betul kisah cinta kitakan?"

"Aah... tak sangka budak montel ni leh jadi kacak... tapi jangan nak perasan lebih-lebih tau coz ada yang lebih kacak dari Boy pada baby... kisah kita ni memang indah... Eka rasa nak bukukan untuk dibaca oleh anak cucu kita dan mana tahu kisah ini juga akan di baca cicit-cicit kita pula..." balas Eka. Rasa bahagia... semoga mimpi indah ini terus kekal... doanya.

"Siapa yang lebh kacak dari abang? Rieke? Eka jangan nak bagi abang cemburu tau..." balas Danish sambil mencubit geram pipi Eka. Eka hanya ketawa. Masih lagi ingin bermain teka-teki dengan Danish.

"Abang nie... itu pun nak jeles... Nak tau tak siapa yang lagi kacak dari abang? kalau nak tahu cium pipi Eka dahulu..." balas Eka.

"Setakat cium pipi bang pun boleh buat... lebih dari itu pun boleh..." ucap Danish. terus pipi Eka menjadi sasaran bibirnya.

"Papa dan mama buat apa tu?" tiba-tiba terdengar suara Sofea. Danish pantas melepaskan tubuh Eka. Haii... Fea ni macam tahu-tahu jer... kenapalah anak papa yang sorang ni suka kacau daun. Eka hanya ketawa melihat Danish yang terkulat-kulat melihat Sofea yang sudah berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan mereka.

"Fea ni... suka sangat kacau papa tau... macam tahu-tahu jer. Langsung tak bagi peluang pada papa nak manja-manja ngan mama..." Balas Danish. Tubuh Sofea sudah berada dalam pelukan Eka. Sofea hanya ketawa mendengar kata-kata papanya.

"papa ni.. dah tua pun nak manja-manja lagi... Fea takper lah nak manja-manja ngan mama sebab Fea kecil lagi. Betul tak mama?" tanya Sofea sambil mencium pipi Eka mesra. Danish hanya ketawa melihat reaksi Sofea. Diakui Sofea memang lebih manja dengan mamanya...
Mereka benar-benar bahagia. Encik Saiful senang dengan perubahan anak-anaknya. Malah dia juga gembira bila mendengar berita Erin telah disatukan dengan Rie... Kebetulan yang amat membahagiakan. Berharap kebahagiaan anak-anak nya akan terus berkekalan. amun jauh disudut hatinya, dia terkilan kerana isterinya tiada untuk berkongsi kebahagiaan ini. Berdoa agar roh isterinya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Sunyi? Ya adakalanya dia amat sunyi. Mujur ada Sofea dan Haziq yang sering memeriahkan rumahnya. Peganti? sudah ramai yang memintanya mencari isteri baru buat menemaninya namun dia tak sanggup... Cintanya terlalu kukuh untuk Salbiah. Tak sanggup dia untuk menduakan cinta mereka. Biarlah dia melalui hari-hari sepinya bersama-sama anak menantu dan cucu yang comel. Itu sudah memadai. Lagipun dia sudah pun berumur, entah esok lusa dia akan kembali menemu Pencpyanya...

Danish tersenyum mengingati kisah-kisah dia dan Eka. Indahnya. Tak sangka Baby yang dicarinya selama ini sudah berada di hadapan mata. Malam itu, semalaman mereka bercerita kisah silam yang penuh kegembiraan. Malah, Eka juga berhajat untuk kembali semula ke tempat penuh kenangan itu. Tempat mereka membesar dan bertemu. Teringat sawah padi yang menguning... air sungai yang mengalir jernih... Segala-galanya disitu penuh dengan nostalgia. Kampung halaman papa dan mama... Bagaimana agaknya keadaan tempat tu sekarang? masih seperti dulukah?

Bukannya niatnya untuk menolak ajakan isterinya, tapi dia bibang akan ke adaan isterinya untuk berjalan jauh. Tak sampai hati melihat Eka keletihan. Sekarang ini pun isterinya termengah-mengah berjalan walaupun baru beberapa langkah. Tak sabar rasanya menanti kehadiran cahaya mata mereka... lambang cinta agung Eka buatnya.

Namun jauh disudut hati Danish, dia masih lagi terkilan. Entah sampai bila Eka akan merahsiakn penyakitnya. Bukan dia tak mahu bertanya tapi dia berharap agar isterinya sendiri memberitahunya. Lagipun tak sanggup rasanya dia bertanya... Entah apa penerimaan Eka nanti. Tak sanggup rasanya untuk melukai Eka... Luka Eka beerti Luka jugalah hatinya. Mungkin Eka lebih bahagia begitu... jadi biarlah dia mememdamkan rasa hatinya itu demi kebahagiaan mereka... mungkin itu lebih baik...

Lamunan Danish terhenti bila mendengar deringan handsetnya... segera dia mengangkat bila melihat nama pemanggil...

"Fea...nape nie? kenapa anak papa nangis ni..." tanya Danish cemas bila mendengar esakan Sofea ditalian.

"Ya Allah... mama jatuh tangga... Fea jangan nangis. Fea pegi rumah Cik Emah kat sebelah... papa balik sekarang..." Danish bergegas keluar dari pejabat. terasa separuh dari nyawanya melayang mendengar khabar itu. Bimbang. Ya Allah janganlah sesuatu terjadi pada isteri dan anakku... doanya tanpa henti.
Danish resah, berdiri salah, duduk pun salah. Hatinya bimbang dengan keadaan Eka. Encik Saiful hanya memerhati. Tak guna menasihati Danish agar duduk diam, anaknya itu tetap akan mundar mandir. Malah, ada peluh renik yang mengalir didahi anaknya itu. Entah musibah apa agaknya kali ini... Bukan menyalahkan takdir tapi dugaan demi dugaan menimpa keluarga anaknya itu, Dia turut bersedih. Tika matahari mula menjengukkan diri setelah gerhana... mendung kembali menyapa. Berharap anak dan menantunya akan terus tabah menghadapi dugaan ini. Dia turut terkejut bila dikhabarkan yang Eka menghidap penyakit yang amat merbahaya itu. Hatinya tak putus berdoa agar Eka dan cucunya selamat.

Sofea merenung wajah papa dan atuk yang sugul. Dia amat takut tika ini. Mama sudah lama di dalam sana... kata papa doktor tengah merawat mama, tapi mengapa lama sangat. Tadi Fea tengok banyak darah mama mengalir, lepas mama jatuh tangga. wajah mama juga berkerut menahan sakit... Fea melihat adik Haziq. Adik Haziq sedang tidur di sofa sebelah atuk. Fea berdoa agar mama selamat, cukuplah Fea kehilangan umi dan walid. Fea tak nak hilang mama juga. Atuk kata lepas ni Fea akan dapat adik lagi, seronok. Fea harap adik perempuan. Atuk kata mama tengah lahirkan adik kat dalam... Tak sabar rasanya nak tengok wajah adik... entah lelalki atau perempuan...

Danish terus gelisah, sudah lama Eka dibilik pembendahan itu. Doktor dan jururawat silih berganti masuk dan keluar. Masing-masing berwajah serius. Hatinya tak putus berdoa agar Eka dan anaknya selamat. Ya Allah berikanlah aku dan isteriku kekuatan untuk menghadapi semua ini.

"Maafkan saya, siapa suami Puan Zulaika Batrisya?" tanya seorang doktor yang baru keluar dari bilik pembendahan. Danish pantas menghampiri doktor itu. Mereka berbicara sebentar. Ya Allah dugaan apakah ini... Danish kelu. Antara isteri dan anak, dia hanya ada satu pilihan. Yang mana satu harus di pilih... Jika boleh dia mahu ke dua-dunya sekali... Akhirnya dia memilih Eka, baginya Eka amat bermakna dalam hidupnya. Dengan berat hati dia menurunkan tanda tangan. Maafkan papa sayang... antara kalian berdua papa terpaksa memilih... tunggu kedatangan papa dan mama di sana ya... doakanlah papa dan mama...

Masa terus berlalu, setiap detik ditempuhi denga resah dan bimbang. Ibu dan bapa mertuanya dalam perjalanna ke sini. Mungkin tidak lama lagi mereka akan tiba. Terasa setiap detik yang berlalu begitu lambat sekali. Sesekali Danish mengelus rambutnya, menyesal... Seandainya dia berada di rumah tika itu... Arrgghh... sudah ditakdirkan begitu... Masa tak mungkin akan berundur kembali...

Pintu bilik pembedahan di buka, seorang jururawat keluar bersama seorang bayi dalam kendongannya, dikuti doktor dari belakang. Danish pantas mendapatkan mereka..

"Tahniah... Encik dapat anak perempuan... Tapi maafkan kami.. Kami telah mencuba sedaya upaya tapi Puan Zulaika tak dapat diselamatkan... Maafkan kami..." Dunia seaakn kaku dan sepi... Tak mungkin... Danish ingin menjerit meluahkan rasa hatinya tapi dia rasa tak berdaya sekali... Ya Allah dugaan apakah ini... tak mungkin... Eka tak mungkin akan meninggalkannya....

HC16

Boy, hari ini Baby rasa bahagia sangat. Dia sudah mula menerima diri ini. Baby senang dengan perhatian yang dia berikan. Tapi… hati ini masih tidak pasti. Benarkah cintanya hanya milik Baby? Benarkah segala janji-janji yang dilafazkannya? Baby gembira dan selamat disampingnya. Dialah segalanya buat Baby. Namun bayang-banyag silam sering menghantui. Bagai ternampak-nampak kemesraannya dengan insan lain. Hati ini teramat sakit bila mengingatkan itu semua. Bagaimana Baby hendak lupakan semua itu? baby takut, takut akan terluka lagi… Boy, betulkah pilihan Baby? Untuk terus berada disisinya. Baby tahu akan lebih banyak dugaan dan halangan yang terpaksa kami tempuh untuk mencari bahagia itu… tapi Baby makin lemah Boy… Baby makin tak berdaya untuk menghadapi kekecewaan untuk sekali lagi… baby tacit dia berubah… Kasihnya hanya sementara…

Hari demi hari, mereka makin bahagia. Sambutan hari raya kali ini juga amat mengembirakan Eka apabila Danish bersetuju untuk menyambut raya di rumah keluarganya. Pagi raya itu terasa syahdu sekali bila mereka membawa Haziq dan Sofea melawat pusara walid dan umi mereka. Dalam diam Eka dan Danish berjanji akan menjaga Sofea dan Haziq sebaik mungkin, mereka juga mahu Sofea dan Haziq mengenali umi dan walid mereka. Ada sesuatu sudah dirancan mereka. Akan dikumpul semula segala gambar dan surat-surat mengenai kisah cinta Kak Lia dan abang Razif. Eka juga berharap, ibu mertuanya akan menerima dirinya.

Petang raya itu bersama-sama mama dan papa mereka melawat sanak saudara papa dan jiran tetangga. Maklumlah, sanak saudara Eka hanya sempat bertemu dengan Danish pada hari perkahwinan mereka sahaja, lebih kurang setahun yang lalu. Mujur Danish dapat menyesuaikan diri, mesra melayan sanak saudara papa yang ramai. Yang paling gembira sekali tentulah Sofea. Haziq hanya memerhatikan kakaknya sahaja, pasti akan merengek bila tubuhnya didukung orang lain selain dari papa dan mamanya. Malah, kelibat Eka juga tidak boleh hilang dari pandangan.

Puan Salbiah memandang ruang tamu rumahnya. Suram. Hatinya sakit bila mengetahui Danish beraya dirumah mertuanya. Sesekali rasa sayu menggigit hatinya, terasa sunyi raya kali ini tanpa kehadiran anak-anak. Anak perempuannya entah kemana, manakala anak lelakinya hanya tahu menyakitkan hati sahaja. Hubungan dengan Danish juga semakin dingin apabila da terang-teran menolak permintaan Danish. Mana mungkin dia akan berbaik dengan Eka, luka dihati masih lagi terasa. Erin pula semakin menjauhkan diri, merajuk dengan sikap Danish apatah lagi bila Danish memutuskan percintaan mereka buat kali kedua. Suaminya??? Gembira betul dengan perubahan Danish malah sering berbuka bersama anak menantunya. Pagi-pagi raya lagi suaminya menghilang, katanya hendak ke masjid. Tapi sehingga sekarang masih tidak-tidak pulang. Tinggalkah dia sendiri di rumah besar itu.

Puan Salbiah memandu dengan berhati-hati. Sudah lama dia tidak memandu sendiri. Dia ingin menziarahi keluarga Erin, setelah mendapat tahu Erin sakit. agak kekok juga. Fikirannya melayang jauh, terkenangkan Danish dan Amelia. Hanya mereka sahaja anak-anaknya, tetapi anak-anaknya itu makin jauh darinya. salah dirinyakah??? Tidak cukup baikkah dia sebagai ibu??? Tahu, anak-anaknya itu memang degil, hanya Razif sahaja yang selalu mematuhi kata-katanya... tapi itu dulu sebelum dia bertemu Zalia. Razif nekad meninggalkan keluarga... dan akhirnya dia terus kehilangan Razif... kesal... Ya, dia memang kesal. Tiada seorang ibupun tidak sedih apabila kehilangan zuriatnya, namun kerna ego dia keraskan hati. Tiada setitispun air matanya mengalir apabila menerima berita kematian Razif... Dimatanya terbayang saat-saat anak-anaknya masih kecil. Razif yang pandai mengambil hati, Danish yang nakal dan Amelia yang sangat comel... dia rindukan saat itu dan tiba-tiba.....

Encik Saiful cemas, sudah dua jam dia menanti khabar mengenai isterinya. terasa bagaikan separuh nyawanya melayang bila mendapat tahu isterinya kemalangan. Danish juga kelihatan resah. Eka hanya mampu menenangkan Danish. Sofea dan Haziq sudah tertidur. Keletihan selepas seharian bermain. Masih lagi menanti berita mengenai Puan Salbiah. Hatinya turut resah. Berharap tiada kecederaan yang serius.

Tidak lama kemudian, seorang doktor keluar. segera mereka menghampiri. Papa hampir rebah, mujur Danish sempat memaut tubuh tua itu. Ya Allah... Air mata mengalir lesu dipipi Eka. Danish memeluk papa erat. setitik air jernih mengalir di pipi tua papa. Bagaikan mimpi...... Amelia yang baru tiba, rebah mendengar berita itu. melaut kekesalan bertamu dihati... Seandainya masa dapat diputarkan semula...
sudah dua hari peristiwa itu berlalu. Semua masih lagi bersedih. Encik Saiful terkilan kerana berkeras dengan permintaan arwah isterinya itu. Seandainya dia yang menghantar isterinya, tentu semua ini tak terjadi. Danish kelihatan tenang, sudah dapat menerima ketentuan Yang Maha Esa. Eka sentiasa disisi memberi semangat padanya untuk menempuh dugaan ini. Amelia, kakaknya masih lagi bersedih. Kepulangan yang sudah terlewat. Sudah puas mereka memujuk Amelia namun kakaknya masih tetap bersedih.

Sofea pula terpinga-pinga dengan apa terjadi. Malah anak kecil itu sering bertanya kenapa nenek kena tinggal dalam tanah seperti umi dan walid? Mereka tiada jawapan untuk soalan itu. Anak sekecil itu masih lagi belum memahami erti kematian, erti kehilangan.

Erin ada juga datang melawat, kesal bila mendapat tahu Puan Salbiah mendapat kemalangan itu kerna ingin menjenguknya. tersedu-sedu menangis. Danish hanya memandang, lebih senang melayan anak-anaknya. Tidak ada mood untuk bertegur sapa, hanya Eka sahaja yang melayan. Mama dan papa Eka juga turut hadir. Biarlah demdam lama berkubur... Demi kebahagiaan anak-anak mereka redha...

********************************************************************

Sebulan kemudian, keluarga Encik Saiful diselebungi kegembiraan bila Eka telah disahkan hamil dua bulan. Danishlah yang paling gembira. Sudah lama dia ingin mempunyai anak sendiri. Sofea juga gembira, berharap mamacunya melahirkannya adik perempuan. Bolehlah adik menemani dia bermain anak patung nanti. Eka sekadar tersenyum melihat keriangan keluarganya. Tidak kisah apapun nanti jantina anak itu, berharap agar semuanya selamat.

Dirinya ditatang bagai minyak yang penuh oleh Danish. Malah Danish kelihatan sangat risau dengan kesihatannya. Dia mengalami alahan yang agak teruk. Kerja-kerja rumah semuanya diambil alih oleh Danish, termasuklah memasak. Dia benar-benar tidak boleh terbau sebarang masakan, pasti akan memuntahkan semua isi perut. Malah, Eka lebih gemar makan sushi sepanjang tempoh hamil ini. Pening Danish dengan gelagat Eka. Isterinya itu juga semakin sensitif dan selalu merajuk, susah pula untuk memujuk. Mujur Encik Saiful menyabarkan anaknya itu. Biasalah jika isteri hamil, memang banyak ragam dan karenah...

Erin merenung wajah jejaka dihadapannya. Hari ini mereka berjanji untuk bertemu disini. Sudah agak lama mereka tidak bertemu setelah pertemuan terakhir dahulu. Siapa sangka mereka akan menjadi sahabat. Pertemuan yang tak diduga di tepian pantai kala hati terluka menjadikan mereka sahabat yang sangat akrab. Malah, hati juga sudah pandai merindu. aneh bukan? Mereka kecewa pada pasangan yang sama.

"Kenapa you tengok muka I macam tu sekali? tahulah I ni hensem,"

'ishh... perasan. you hensem?? hensem lagi mamak rojak tu," balas Erin sambil ketaa manja.

"you okke? macammana dengan Danish dan Eka?" tanya jejaka itu pula.

"I ok, cuma rasa bersalah kat auntie Sal, kalau dia tak drive semata-mata nak lawat I tentu semua ni takkan terjadi. Takdir ni anehkan. I tak sangka akan jumpa you dalam hayat ni. Eka dan Danish I dengar tengah sibuk nak sambut orng baru,"

"Ohh... sabarlah. Bukan salah You. Kita tak boleh lawan takdir. You tak terkilanke? Yelah kekasih hati dah berbahagia malah nak sambut orang baru lagi,"

" Tak, malah I tumpang bahagia dengan kebahagian mereka. Tak sia-sialah usaha kita selama ini kan. Lagipun I dah ada You, buat apa I nak kecewa lagi. I takut orang tu je yang kecewa,"

"I pun sama macam you, Kita doakanlah kebahagiaan mereka. Kita pula macam mana? Takkanlah nak doa dan lihat kebahagiaan orang lain je. You tak nak jadi macam mereka ke?" tanya jejaka itu. Erin tersipu-sipu mendengar kata-kata jejaka itu. tak bertapis langsung.

"Diam tu selalunya orang-orang tua kata ada maknalah tu..." sambung jejaka itu lagi. bertambah merah muka Erin. Jejaka itu hanya ketawa. Suka melihat Erin begitu. Bertambah ayu dan comel. Jatuh cintakah dia???

HC15

Danish memerhatikan Eka yang sedang leka memasak di dapur. Sofea sedang menonton siri cartoon kegemarannya manakala Haziq sudah tertidur. Sudah banyak cara digunakan untuk memikat Eka namun Eka masih lagi dingin. Apa lagi yang harus dilakukannya? Dia buntu. Dia merangcang sesuatu. Tersenyum. Berharap Eka gembira dengan cadangannya. Rakan-rakannya turut terkejut dengan perubahannya itu. kini dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah, bermain bersama-sama anak-anak dan memerhatikan Eka. Tidak ingin meninggalkan Eka walaupun seminit. Takut Rie akan ambil kesempatan. Bukannya dia tidak percqayakan Eka tapi… perasaan atakut kehilangan Eka memaksa dia bersikap begitu. Danish sedar, Eka adakalanya lemas apabila dia sentiasa sahaja mengikut kemana Eka pergi… macam belangkas.

Mereka berbuka puasa bersama hari itu. tiba-tiba Eka terkejut bila Danish mengajaknbya keluar. Anak-anak pula ditinggalkan pada jiran sebelah. Danish memberi alas an meeka tidak pernah keluar berdua sejak berkahwin. Terpaksa akur bila Danish memandangnya penuh mengharap. Puas dipujuk Sofea namun anak kecil itu tetap ingin mengikuti mereka sehinggalah Danish berjanji untuk membelikan set anak patung Barbie yang terbaru, barulah si kecil diam. Akur.

Suasana sepi menyelubungi mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Eka masih lagi serba salah meninggalkan Sofea dan haziq. Inilah kali pertama dia meninggalkan anak-anaknya. Kesian Sofea dan Haziq. Danish pula hanya mendiamkan diri. Faham perasaan Eka saat ini. Namun dia tidak punya pilihan. Tak tahu apa yang harus dikata. Pertama kali hanya mereka berdua sahaja.

Eka tersentak bila Danish tiba-tiba menggemgam jari jemarinya. Cuba melepaskan diri namun pegangan Danish cukup kukuh. Danish sekadar tersenyum dengan reaksi Eka. Akhirnya Eka akur jua, dibiarkan sahaja tingkah Danish itu. Danish memberhentikan kereta di sebuah pusat membeli belah. Kenapa mereka ke sini? Eka tertanya sendiri. Eka melangkah jua mengikut halatuju Danish.

Danish memaut mesra pinggang Eka. Eka cuba mengelak, namun Dabnish lebih pantas daripadanya. Mata Eka memerhatikan sekeliling. Akhirnya Danish membawanya masuk ke sebuah kedai barangan kemas. Tersenyum pada pekerja disitu.

“Abang nak Eka pilih semula cincin kahwin kita. Yang hari tu bukan pilihan abang. Bagi abang cincin kahwin amat bermakna sekali,” Danish berbisik ditelinga Eka. Kelihatan begitu romantis sekali. Eka bagai tak percaya mendengar kata-kata Danish itu.

Danish menarik tangan Eka bila melihat isterinya masih lagiu terpinga-pinga. Mereka melihat beberapa bentuk cincin yang dikeluarkan oleh jurujual disitu. Eka sekadar memerhati. Tidak berapa berminat, baginya cincin yang sudah ada lebih dari memadai. Tak perlu membazir. Danish segera menyuruh Eka mencuba beberapa bentuk cincin yang disukainya. Akhirnya Eka memilih sebentuk cincin emas putih dihiasi batu delima yang ringkas rekaannya. Danish turut menyukai pilihan Eka. Satu kejutan buat Eka bila Danish menghadiahkan seutas rantai yang telah ditempah awal-awal lagi. Loketnya berukir nama mereka berdua, Nish love Eka. Hatinya tersentuh melihat loket itu.

“tanda cinta abang yang ikhlas buat Eka,”bisik Danish ditelinganya tika memakaikan rantai itu dilehernya. Setitis airmata mengalir dipipi Eka. Terharu. Danish mengesat air mata yang mengalir. Memahami hati isterinya itu.

“Terimakasih,”hanya itu yang mampu Eka ucapkan. Ketika itu mereka sudah berada di sebuah restoran.

“tak perlu berterima kasih, Eka berhak menerimanya. Tanda cinta kita. Mulai hari ni abang nak Eka belajar menerima abang dan mencintai diri ini. Abang tahu sukar bagi Eka menerima abang, abang juga sedar abang sudah banyak melukakan hati eka dan anak-anak. Tapi abang harap Eka dapat memaafkan abang dan abang nak Eka tahu abang teramat sayangkan Eka dan keluarga kita. Abang tak pernah menyesal berkahwin dengan Eka. Happy first anniversary sayang,” Pantas Danish menghampiri Eka, Diciumnya tangan dan pipi Eka. Eka terkejut. Terlupa akan tarikh itu… ya pada tarikh ini setahun yang lalu, dia telah menjadi isteri lelaki dihadapannya ini. Sungguh pantas masa berlalu.

“Jangan menangis, abang tak mampu melihat air mata Eka menitis lagi. Abang janji selepas ini abang akan pastikan Eka takkan menangis lagi,” bisik Danish sambil mengesat air mata dipipi Eka. Eka terharu. Disembamnya muka ke dada Danish. Teresak dalam pelukan Danish. Apakah makna semua ni? Ikhlaskah kata-kata Danish itu. dia ingin mempercayainya tetapi hatinya masih lagi ragu. Adakah Danish mencintainya atau pun itu hanya satu mimpi… hanya seketika sahaja, bila terjaga dia akan terluka lagi? Bagaimana dengan Erin? Adakah Danish masih mencintai Erin? Eka keliru…

Erin merenung wajah dihadapannya, tersenyum. Hanya mereka sahaja yang tahu maksud senyuman tersebut. Mata saling bertatapan, mesra. Pertemuan yang tak diduga sama sekali.mereka terikat dengan kisah cinta yang sama. Cinta yang tiada taranya buat insane yang dikasihi. Cinta yang tak mungkin akan berakhir. Hanya mampu berharap agar ada lagi peluang buat mereka. Mungkinkah??? Selagi ada kudrat, mereka akn terus berusaha agar orang yang mereka cintai bahagia…

Puan Salbiah merengus kasar. Tidak berpuas hati dengan keputusan anaknya. Tidak diduga Danish sanggup membantah arahannya. Harapannya untuk bermenantukan Erin berkecai… rancangannya punah. Keluarga Erin juga tidak rela anak mereka menjadi isteri nombor dua… sebagai perampas… geram.

Bencinya makin membukit pada Zainab dan Rahim. Dirinya rasa dikhianati. Teringat kisah dahulu, kerana perebutan harta, dia menjadi korban. Sulaiman, abang Rahim sanggup mengkhianati cinta mereka hanya kerana berdendam pada ayahnya. Dia hanya dipergunakan sahaja. Paling menyakitkan hati bila Sulaiman mengahwini Rahmah, kakak Zainab. Tak percaya Rahmah sahabat yang paling dipercayainya sanggup mengkhianatinya. Pedihnya rasa hati saat itu malah luka ini masih lagi terasa sakit walaupun Rahmah dan Sulaiman sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya setahun selepas peristiwa itu. Sejak itu hubungan keluarganya dengan keluarga Rahim dan Zainab terus berkocak. Demdamnya tak pernah padam. Tidak akan sesekali dia menerima keturunan Sulaiman dan Rahmah.

Danish terjaga dari tidur, matanya merenung Eka yang tertidur nyenyak disebelah. Begitu juga Haziq dan Sofea. Malam tadi mereka semua tidur di ruang tamu setelah selesai menonton dvd bersama. Bahagia. Itulah yang dirasakan saat ini. Dia mencium dahi Eka perlahan. Kini dia sudah menjumpai permata yang dicarinya selama ini. Pasti hatinya milik Eka. Tanpa disedari, dia mencintai Eka. Entah bila cinta ini bermula. Cuba dihitung saat hatinya terpaut kepada Eka, tiada jawapan yang pasti. Pedulikan itu semua, yang penting cinta ini harus dipertahankan.

Baby… Boy sudah menemui cinta yang Boy cari selama ini. Boy yakin hanya dia yang ditakdirkan untuk Boy. Bahagianya saat ini Boy rasakan. Boy harap Baby juga bahagia walaupun dimana Baby berada saat ini. Alangkah indahnya jika Baby ada disisi Boy, kita bersama-sama berkongsi detik-detik bahagia ini bersama. Berkongsi segala rahsia, bersama-sama menganyam impian untuk membahagiakan orang yang kita cintai. Melihat anak-anak kita membesar bersama. Sudahkah Baby temui orang yang baby cintai saat ini??? Boy harap baby sudah menemuinya… moga suatu hari nanti akan ada pertemuan antara kita…..

Fea seronok sangat sekarang, papa selalu ada disisi Fea. Papa juga selalu bawa Fea dan mama ngan adik Haziq jalan-jalan. Kadang-kadang papa tolong Fea ajar adik Haziq berjalan. Sekarang adik Haziq sudah belajar berjalan, malah adik Haziq sudah pandai sebut ma dan pa. papa gembira betul bila adik Haziq sudah pandai panggil pa… mamacu pun sama oppsss sekarang Fea dah tak panggil mamacu tapi Fea panggil mama. Tapi Fea tak tahu kenapa nenek tak suka mama…. Cuma atuk je yang baik. Atuk selalu datang ke rumah, main ngan Fea…

Eka sedang leka memasak juadah berbuka puasa. Hari ini Danish memintanya memasak masak lemak ketam dengan nanas serta pudding caramel. Dalam kelekaan itu, sepasang mata memerhatikannya dari tadi. Tanpa disedari, pinggangnya dipaut. Eka sekadar tersenyum. Hidungnya sudah sebati dengan haruman tubuh itu sejak beberapa hari ini. Kemudia sejambak bunga ros disuakan kepadanya.

“Thanks…”ucapnya sambil mencium bunga ros itu.

“hmmm… bunga jeke yang dapat? Tuannya???:” bisik Danish romantis. Bibirnya menium nakal leher dan telinga Eka…

“Nish… please… I tengah masak ni. Kita kan puasa,” ujar Eka, berusaha menolak tubuh Danish yang masih lagi memaut erat tubuhnya.

“Well… sekarang you bolehla lepas tapi malam nie…. Kita tengok nanti…” Danish masih lagi tidak melepaskan Eka. Eka sudah agak rimas.

“papa buat ape tu???” tegur Sofea tiba-tiba. Danish pantas melepaskan pautannya pada tubuh Eka. Terkejut dengan kehadiran Sofea. Hmmm… Fea ni kacau daun betul… baru je papa nak manja dengan mama… rungut Danish dalam hati.

Eka sekadar ketawa melihat wajah Danish yang terkulat-kulat bila disergah Sofea. Mujur Sofea ada, kalau tidak tak tahulah sampai bila Danish melepaskannya. Sofea masih lagi merenung wajah papanya, tersengih nakal melihat wajah papa yang agak merah, begitu juga dengan mama.

“Fea ni kacaulah… tak bagi can papa nak manja-manja dengan mama…” ujar Danish sambil memaut mesra bahu Eka. Eka lemas apabila Sofea turut memeluk tubuhnya. Pasti anak kecil itu cemburu melihat Danish melihat kemesraan Danish padanya.

“Apa papa ni, mama, mama Fea. Cuma Fea yang boleh peluk mama tau. Lagipun Fea dah wangi, papa busuk… balik kerja tak salin baju. Mama sayang Fea kan?” ujar Sofea. Danish pantas memaut tubuh Sofea dan memelkuknya. Sofea meronta untuk melepaskan diri. Eka sekadar ketawa.

“Sape suruh Fea kata papa busuk, sekarang Fea pun dah busuk macam papa,” balas Danish. Masih lagi memeluk Sofea. Sofea ketawa riang sambil menjerit-jerit bila Eka dan Danish mengeletek tubuhnya.

“Tak nak kawan dengan mama dan papa…” ucap Sofea sambil berlari ke ruang tamu bila berjaya melepaskan diri dari pelukan Danish dan Eka. Eka dan Danish ketawa riang melihat gelagat Sofea. Bahagia.

HC14

Rie menunggu dengan sabar, sesekali dikerling jam di tangan. Sudah setengah jam lewat dari waktu yang dijanjikan. Mana Eka? sesekali terasa hairan juga, mengapa Eka mengajak berjumpa di sini, dah la gelap sunyi lak tu. Hai, pelik. Eka selalunya tak suke ke tempat macam nie. arghhh tak kisahlahhh asal aku dapat jumpa Eka, fikir Rie.

Tiba-tiba dia melihat beberapa orang menghampirinya, wajah masing-masing kelihatan bengis. 'Eh!!! apa pulak ni?' Rie rase tak sedap hati. Lelaki-lelaki itu terus menghampiri Rie. Mereka tersenyum sinis memandang Rie. Rie mengundur ke belakang bila lelaki-lelaki itu kian menghampirinya. Debaran didada makin pantas.

Salah seorang lelaki itu menghampiri Rie, cuba memegang tubuh Rie manakala rakan-rakannya akan membelasah Rie... maka terjadilah adengan perkelahian disitu....

"Huh, sape yang upah korang ha?"tanya Rie bengang, mujurlah dia pernah belajar silat dan taekwando waktu sekolah dulu. tangannya mengilas tangan salah seorang lelaki itu.rakan-rakannya yang lain terduduk dan ada juga yang terbaring di tanah menahan sakit. Lelaki itu masih lagi degil. Teringat pesan ketuanya, biar pecah di perut, jangan pecahdi mulut.. tapi tubuhnya semakin sakit bila Rie menumbuk perutnya... arghh... nak beritahu ke tak???

"Danish..."jawab lelaki itu pantas bila Rie pura-pura menggertak nak pukulnya lagi.

"Danish...." Rie cuba berfikir samaada dia mengenali atau bermusuh dengan lelaki bernama Danish. Tiba-tiba anish teringatkan seseorang.

"Aku nak kau telefon ketua kau sekarang," arah Rie lagi. nak tak nak lelaki itu terpaksa menelefon ketuanya... sebaik talian bersambung, Rie segera merampas handset di tangan lelaki itu.

"Hello, Danish... kalau kau benar-benar lelaki biar kita berdepan, dasar pengecut,"

"aku tak takut dengan ugutan kau,"

"Dia milik kau??? Ya dia milik kau tapi hanya atas kertas ... hati Eka milik aku. Bukan milik kau atau sesiapapun,"

"kau yakin? kita tengok nanti. Best man win!!! Aku yakin, walau apapun kau lakukan dia tetap akan jadi milik aku," tanpa menunggu balasan dari danish, Rie terus menamatkan talian. Dia tersenyum. handset ditangan, terus di campak ke tanah. Rie pantas meninggalkan tempat itu. Hatinya puas... akan dipastikan Eka tetap menjadi miliknya....
Danish membaling handsetnya. Geram, dia benar-benar berang. Berani lelaki tu mencabarnya. Baiklah, aku akan pastikan Eka akan tetap jadi milik aku. Egonya tercabar. Dia terus memecut laju keretanya bersama-sama hati yang geram.

Eka terjaga lagi, perutnya berkeroncong. Baru teringat dia hanya menjamah buah tamar je ketika berbuka. matanya mengerling jam di dinding. Sudah hampir pukul 3 pagi. Eka keluar dari bilik perlahan-lahan. Tidak ingin mengejutkan Sofea dan Haziq. tertanya-tanya jugak dalam hatinya kemana Danish pergi. Arghhh... biarlah, agaknya dia bersama Erin. Suasana dalam rumah begitu sunyi. Semua dah tido agaknya.

Eka tersenyum lega, perutnya sudah kenyang selepas memakan dua keping sandwich dengan segelas susu. Tiba-tiba dia terkejut apabila ada tangan memeluk pinggangnya. Hampir terjerit Eka, mujurlah tangan itu cepat-cepat menekup mulutnya. Eka meronta-ronta. Takut. Peluh sudah mula menitis di seluruh tubuhnya. Siapa? Eka ketakutan... Berharap ada penghuni rumah itu yang sedar.

"Diam, aku Danish," bisik suara itu di telinga Eka. Eka tergamam, terasa ada sesuatu yang berbeza dari perwatakan Danish yang sebenar.Apa? Segera dia menjauhi Danish apabila terasa pelukan Danish agak longgar. Berpaling. Ya Allah!!! Apa dah jadi ni? Tak percaya melihat keadaan Danish saat ini. Apa yang berlaku? Mengapa Danish mabuk? Danish masih lagi tersenyum, wajahnya kelihatan tidak terurus. Berserabut.

"Kenapa dengan awak ni? Awak tahu tak apa yang awak buat ni? awak..."

"dah... aku benci dengar kau membebel..."jerit Danish mematikan kata-kata Eka.

"Nish... boleh tak awak tak jerit pagi-pagi ni. Nanti terkejut ibu dan papa," ujar Eka sambil cuba memaut tangan Danish. Huh beratnyer.. nak biar, nanti tidur kat sini lak. Apa kata ibu dan papa nanti. Tak pasal-pasal aku yang kena...

"Hey, perempuan!!! kau nak tarik aku pegi mana nie?? Hei aku tak suka laa... asal kau degil nie," jerit Danish lagi. Tanpa sedar, dia menolak Eka.

Eka memegang kepalanya, terhantuk sedikit di bucu meja. Ada cairan panas yang mengalir.

"Ya Allah, darah..." Eka merenung jarinya, Danish pula masih lagi membebel tentang sesuatu... entah apa yang dikatakannya. tunggang langgang ayatnya.

"Ni kenapa terjerit malam-malam buta nie?" tanya Puan Salbiah. Geram juga hatinya bila lenanya dikejutkan dengan jeritan-jeritan Danish. Di belakang Puan Salbiah berdiri Encik Saiful. dia juga tertanya-tanya apa yang berlaku. Takut juga kalau anak menantunya bergaduh malam-malam ni.

Tergamam Puan Salbiah dan Encik Saiful melihat keadaan anak mereka. beristifar dalam hati. Tak percaya anak lelakinya sanggup meneguk air haram tu, sedangkan sudah lama Danish melupakan semua itu.

"Ya Allah Eka, kenapa dengan dahi tu?" Encik Saiful segera menghampiri menantunya yang sedang terkial-kial mengesat darah di dahi. Puan Salbiah pula sekadar menjeling. Benci.

"Hei Perempuan, apa kau buat kat anak aku hah??? sebab kau anak aku jadi macam ni?" Puan Salbiah terus menyerang Eka. Hatinya berang. Kalau tak kerana perempuan ni anaknya takkan meneguk air haram tu. Encik Saiful menghampiri isterinya, cuba menenangkan wanita itu. Malangnya isterinya terus menolak Eka dan sekali lagi dahi Eka terhantuk di bucu meja. Perit, ada air mata yang mengalir.

Danish yang melihat berang. Siapa wanita yang berani menolak isterinya itu. Pantas dia menolak perempuan tersebut. Dihampri isterinya yang sedang menahan sakit. Langkahnya terhoyong-hayang. sesekali dia hampir jatuh. Puan Salbiah pula terkejut dengan tindakan anaknya. mujur dia sempat berpaut di tubuh suaminya. Encik Saiful juga tergamam dengan tindakan anaknya.
Eka, terasa sakit hati dengan perbuatan Danish. Puan Salbiah pula terus melangkah ke bilik. Geram dan sedih bercampur baur. Geram kerana Eka, anaknya sanggup menolaknya. Sedih, bila anak yang ditatang sedari kecil sambut mengasarinya hanya kerana seorang perempuan. Perempuan yang tak disukainya.

Dengan susah payah, akhirnya Eka membaringkan Danish yang tidak sedarkan diri ke atas kati. Selepas itu, Eka mencari peti kecemasan, mencuci luka dan 20 minit lepas tu, luka didahinya sudah berplaster. Harap-harap tak berparutla dai aku nanti, rungut Eka dihadapan cermin. sesekali matanya turut menjeling Danish yang tertidur. Entah angin apa yang melanda sehingga lelaki itu berperangai begitu. Setahunya, dabnish seorang yang dapat mengawal diri. Bagaimana susah atau banyak sekalipun masalah yang dihadapi, lelaki itu selalu kelihatan tenang. Kini... Dia seolah-olah berhadapan dengan Danish yang baru. Aneh betul dengan sikap Danish beberapa hari nie. Tak paham betul. Eka merebahkan diri di aats sofa di penjuru bilik. Badannya terasa letih.

Danish terasa kepalanya sakit. Dia memerhatikan sekeling bilik. Terpinga-pinga. Cuba diingati apa yang berlaku semalam. Kehairanan, keadaan bilik begitu sunyi. Mana Eka dan anak-anaknya. Danish cuba bangun dari katil, dengan langkah yang agak terhoyong hayang dia ke bilik air. Tubuhnya terasa melekit. Dia perlu mandi untuk menyegarkan tubuh.
Danish melangkah turun ke ruang tamu. Rumahnya begitu sunyi. Hairan, mana semua orang dalam rumah ni pergi??? rungutnya sambil melangkah ke luar. Satu lagi kejutan, keretanya tiada. Hish... takkanlah aku mabuk sampai tinggal kereta??? Arghhh... rasenya semalam aku drive kereta tapi... Danish keliru sendiri. Ibu dan papa pergi mana pulak? Kereta ada nieh. Eh!!! mana Eka dan anak-anak??? Danish segera melangkah ke dapur, tiada. melangkah pula ke halaman luar. Tiada. Bingung mana Eka pergi???

"Nish cari apa?" tegur Puan Salbiah tiba-tiba. Danish mengurut dada, terkejut dengan teguran ibunya.

"Eh... ibu dari mana nie? Mana semua orang dalam rumah ni pergi?" tanya Danish. merenung paras ibunya. Ishh... ibu ni pergi mana? Siap berkebaya dan selendang lagi ni. Kenduri kawen kerr??? Oppsss lupe, ni bulan pose... mana ada orang buat kenduri.

"Ibu dari rumah Erin, Pergi ngan pak long dan pak lang kamu suami isteri. Kenapa Nish tengok ibu macam tu sampai tak berkelip mata tu?" Tanya Puan Salbiah kehairanan. Apa yang tak kena dengan pakaiannya. Biasa jer.

"Tak de apa-apa. Cuma nish pelik, ibu pakai lawa-lawani macam nak pergi kenduri kawen la pulak. Bukannya Nish tak tahu, Ibu bukannya suke pakai cam ni. Eh!!! ibu pergi rumah Erin buat apa?"tanya Danish. Ishh... hairan jugak. bulan-bulan pose ni ibu bertandang ke rumah orang.

"Adalah kerja ibu. nanti-nanti Nish tahu jugak. Haa... kepala tu dah ok ke??? Kenapa Nish mabuk lagi? Dulukan Nish dah janji ngan ibu yang Nish takkan sekali-kali meneguk air haram tu?"

"Alaa... Bu... Nish bukannya sengaja. Entahlaa... semalam..."

"Ha... semalam apa?" Pintas puan Salbiah tidak abar.

"Tak ada apa-apalah bu... lama-lama ibu tahu juga nanti," ujar Danish sambil tersengih. Puan Salbiah menarik muka. Huh... perli akulah tu.

"Bu, mana kereta Danish? papa pergi mana? Tak nampak pun papa," Tanya Danish. Cuba mengalih tajuk perbualan. Huh, ibu kalau dibiarkan mesti teruk aku dibebelkan nanti...

"papa ko Keluar, Bawak kete kau. Katanya hantar Perempuan tu pegi hospital..." jawab Puan Salbiah. Hatinya geram. Suaminya sanggup membantah permintaannya untuk ke rumah Erin.

"Hahh!!! Hospital??? Kenapa bu? Eka sakitke?" Tanya Danish resah. Bimbang.

"Ahhh... malaslah ibu nak ambil tahu. Ibu naik atas dulu," Jawab Puan Salbiah. Geram melihat reaksi Danish. Huh... perempuan tu jugak yang dia risau. Danish hanya melihat langkah ibunya. Apa yang terjadi??? Kenapa dengan Eka.... Harap-harap tidak ada apa-apa yang terjadi.

Danish merenung handset ditangan, berkali-kali dia cuba menghubungi Eka, tapi haya pesanan suara sahaja yang menyambut panggilannya. Resah, kenapa Eka ke hospital??? Dia tertanya sendiri. papa sakitkah??? tapi ibu kelihatan tidak bimbang pun. Takkanlah Fea atau Haziq yang sakit. Danish cuba hubungi papanya pula. Agak lama dia terpaksa menanti sebelum panggilan disambut.

"Papa kat mana? sape yang sakit? Eka atau anak-anak?" tanya Danish kurang sabar sebaik terdengar suara papanya.

"Oh... terukke? baiklah Nish datang sekarang," Danish terus bergegas keluar, mendapatkan kunci kereta papa dan memandu laju meninggalkan perkarangan rumah. Tergesa-gesa. Hatinya begitu bimbang.

"Pak Mad!!!"jerit Puan Salbiah. Pak Mad, pemandu bagi keluarga Encik Saiful segera berlari mendapatkan Puan Salbiah. Hatinya agak bimbang. tentu ada yang tidak kena jika Puan Salbiah menjerit sebegitu.

"Ya Puan, ada apa puan panggil saya," Pak Mad bersuara agak takut-takut.

"Danish kemana?" tanya Puan Salbiah. Marah.

"Tak tahu puan. Tuan Danish tidak pesan apa-apa pun. Nampak kalut ja," jawab Pak Mad perlahan.

"Huh, tak boleh harap. Dah pegi," Puan Salbiah terus masuk ke dalam rumah. Tahu kemana destinasi anaknya. Semuanya seolah-olah menentang dirinya. Semua gara-gara perempuan tu. Hatinya bertambah sakit. Rosak rancangannya. Bersusah payah dia ke rumah Erin, memujuk orang tua Erin. Masih berharap hubungan yang terputus bersambung semula. Malah, dia sudah menjemput mereka untuk berbuka puasa nanti. Tujuannya hanya atu, agar hubungan yang terputus terjalin semula. Tapi, dia dapat merasakan rancangannya tak mungkin akan berjaya. Huh... geramnya. Perempuan sial.... anak beranak bawak sial pada keluarga aku...

Danish melangkah dengan cemas. Segera menghampiri papanya yang sedang memerhatikan Sofea bermain di satu sudut.

"papa, mana Eka?" tanya Danish agak cemas. Sofea yang menyedari kedatangan papanya segera memeluk Danish. Danish memeluk Sofea mesra, lalu didukung anak kecil itu.

"Eka kat dalam, doktor tengah jahit luka kat dahi Eka," balas Encik Saiful. tenang. Danish mengerutkan kening. Luka di dahi? kenapa?

"Yang berkerut dahi kamu tu kenapa? kamu fikir apa Nish?"

"Luka di dahi? Eka jatuhke?" tanya Danish. Encik Saiful hanya tersengih. Huh... nampaknya anaknya itu langsung tak ingat apa yang berlaku. Hai... entah apalah yang nak jadi ngan Danish nie, selalu sangat dimanjakan oleh isterinya. Hendak di tegur, merajuk pulak nanti sampai kadang-kadang dia kasihan dengan anak-anaknya yang lain. Farah langsung tidak balik bila isterinya menolak calon pilihan hati anaknya itu... hai entah bilalah isterinya itu nak sedar. Sudah puas dia menasihati isterinya namun wanita itu tetap tidak berubah. Semakin menjadi-jadi pula perangainya sekarang.

"Hish kamu ni... sebab kamu lah dahi Eka luka. Mabuk sampai tak ingat dunia, tak sedar kamu tolak Eka, lepastu pulak ibu kamu pulak yang tolak si Eka tu. Semua gara-gara kamu. Dah lah tu, kamu jugak tolak ibu kamu, nasib baik ibu sempat paut pada papa, kalau tidak tak tahulah apa yang jadi. Dulu kamu dah janji nak tinggal semua tu. Kamu janji dengan ibu dan papa yang kamu takkas sesekali sentuh air haram tu. Sekarang, mana pergi janji kamu tu? Bilalah kamu nak berubah. Papa ni makin hari makin tua, esok lusa tak tahu lagi sama ada papa masih ada atau tidak. Kamu pulak dah besar panjang. Dah ada tanggungjawab sendiri. Dah ada anak bini. Kamu tak terfikir ke tengtang mereka. Kamu ingat kalau papa diam, papa setuju dengan perangai kamu. Cubalah kamu bertegas sedikit. Yang kamu layan Erin tu kenapa pulak? Dia tu bukan siapa-siapoa lagi dengan kamu, yang Nish kena layan sekarang si Eka ngan anak-anak kamu ni? Huh... papa kesal dengan Nish. Nish fikirlah sendiri. kalau kamu masih kecil, bolehlaa papa rotan atau piat telinga kalau kamu buat salah... tai kamu dah besar panjang..." keluh Encik Saiful. Diusap perlahan kepala Haziq yang berada dalam dukungannya. Danish pula terkulat-kulat mendengar leteran papanya. huh... papa kalau dah bersuara....

"Kenapa atuk marah papa? kesian papa," tegur Sofea tiba-tiba. Anak kecil itu kasihan melihat papa dimarahi atuk. Muka atuk pun nampak garang. Takut Sofea melihatnya. Danish tersenyum mendengar kata-kata Sofea, begitu juga Encik Saiful. Hai... masih lagi ada rupenye orang yang nak membela anaknya itu.

"atuk bukan marah papa, atuk cuma tegur saje. Fea pun tahukan, kalau orang buat salah, kita kenalah tegur dan marah agar orang tu tak buat salah lagi. Yang kamu Danish, tersengeh-sengeh tu kenapa?" Terang Encik Saiful kepada Sofea. Sofea mengangguk walaupun dia tidak beberapa memahami kata datuknya. Papa ada buat salahke? Agaknya atuk tahu papa marah Fea kot, tu yang atuk marah papa. Hmmm atuk ni baiklah, cuma opah je garang macam singa.. oppss!! mamacu cakap tak baik kata opah macam tu... gumam sofea sendirian. Matanya masih lagi merenung wajah atuk dan papanya.

"Tak ade apalah papa, lama lagi ke Eka kat dalam tu?" tanya Danish. Sofea masih lagi dalam dukungannya. Terasa agak ringan tubuh anak kecil itu berbanding dahulu. Fea sakitke?? tanyanya dalam hati sambil merenung Sofea. Baru tersedar, badan Sofea sudah agak susut. mengapa? Dia tiada jawapannya.

"Jangan kamu tanya kenapa? salah kamu sendiri. Sofea tu kurus sebab rindukan papanya. Jangan kamu ingat papa tak tahu apa yang kamu buat kat belakang papa," tegur Encik Saiful. Isshhh papa ni macam tahu je apa yang aku fikir... sejak bila papa ada 6sense nieh....

"Papa ni macam tahu je apa yang Nish fikir. Sejak bila papa belajar baca fikiran orang lain nieh?" tanya Danish, cuba bergurau dengan papanya untuk menutup resah dihati.

"Nish anak papa, papa bela nish dari kecil sampai dah besar panjang macam nie. Takkanlah papa tak tahu anak papa," balas Encik Saiful. Sudah agak lama dia tidak berbual dengan Danish begini. Kalau ada isterinya, setiap kali dia tegur Danish pasti isterinya akan membela nak kesayangannya itu.
Danish merenung wajah Sofea dan Haziq. Ada resah yang bertamu. Papa kelihatan tenang. Tidak tahu apa lagi yang nak di bual. Masa seolah-olah bergerak dengan perlahan. Sudah hampir satu jam dia berada disitu. Adakah kecederaan Eka agak parah? Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Maafkan aku Eka... Aku keliru dalam menafsir perasaan sendiri. Aku berusaha untuk membenci kau tapi kenapa wajah kau juga yang kurindu? Aku benci pada diri sendiri, Mengapa harus wujud perasaan ini lagi sedangkan aku sudah berjanji pada diriku sendiri... tidak akan ada cinta antara kita... tapi hati ini begitu degil... aku merinduimu dalam diam, aku senang dengan senyuman mesramu... tapi milik akukah senyuman mu itu? Siapakah yang bertakhta dihatimu?? sepanjang waktu ini aku tertanya sendiri... Mungkinkah antara kita wujud rasa cinta yang sama ataupun hanya aku yang mencintaimu sedangkan kau....

Eka, aku keliru lagi bila ada seseorang muncul antara kita. Aku tahu dia begitu mencintai kau... dan adakah dirimu juga mencintainya??? pedih hati ini bila aku terfikirkan persoalan itu. Aku tak sanggup menghadapi hakikat cintamu milik orang lain, hatimu sudahpun dimiliki. Eka, aku tak sanggup melihat dirimu dimiliki oleh orang lain. Sekali akad ku lafazkan akan aku pastikan kau hanya milik aku. Adakah aku terlalu mementingkan diri? Bukan niatku membuat dirimu begitu, Aku tahu dalam diam kau terseksa dengan ikatan antara kita.

Sungguh, sesekali aku ingi melihat pancaran cinta dari mataku, rasa cinta itu hanya milik aku... tapisemakin hari aku lihat hanya sendu dimatamu? Apa yang harus aku lakukan? aku tersepit antara dirimu dan kisah laluku. Aku terlalu menyanyangimu namun hati ini juga masih menyintai dirinya... Salahkah aku jika ingin memiliki kedua-duanya??? Ya aku akui aku memengtingkan diri sendiri tapi aku tak dapat bayangkan aku hidup tanpa dirimu... kerna hanya dirimu yang hadir dalam tidur dan jagaku sekarang... bukan lagi dia...

Eka, maafkan dirinya kerna melukakan hatimu, aku tahu dia rasa tergugat dengan mu. Mungkin dia sudah merasakan sesuatu... katanya hanya jasad ku dihadapannya tapi diriku sebanarnya milikmu... Eka, adakah masih ada peluang antara kita? Ya, betul kata papa... aku keliru. Masihkah ada ruang untuk ku membetulkan kesilapan semalam... Eka... aku berjanji, hanya dirimu permaisuri hati ini... hanya kau bertakhta dihati... terima kasih papa kerana menyedarkan Nish... Eka... akan ku tawan hatimu... akan kupastikan cintamu hanya untukku... bukan untuk sesiapa... hanya milikku selamanya...


Boy... Baby rindukan Boy. Boy dimana? Baby perlukan Boy... Hati ini makin sangsi. Baby makin hilang keyakinan pada diri ini... cinta ini... Entah mengapa semakin hari Baby rasakan semakin jauh dengan dirinya. Dekat tapi teramat jauh. Boy... Baby tak mampu bertahan lagi. Adakah Baby perlu melangkah pergi? Sesekali terasa penantian ini begitu menyeksakan. Dalam kesamaran ini Baby keliru... Cintanya milik siapa? Adakalanya dia terlalu baik tetapi dalam kebaikannya itu, tanpa disedari hati ini terluka. Salahkah Baby? Mengapa rasa cinta ini perlu wujud untuknya? Boy, Baby dah tak mampu lagi, Baby rasa biarlah diri ini berundur sahaja... Rasanya itu lebih baik. Tiada sesiapa antara kami akan lebih terluka... Ya, Hati ini tak rela berpisah dengannya... tapi...

Baby... Hari ini Boy pasti hati ini hanya milik dia. Boy tak mungkin dapat kehilangan dia. Boy tahu, diri ini sudah lama membuang masa. Boy berjanji akan cuba membahagiakan dirinya. Hanya dia ratu hati ini, pemilik cinta ini. Aneh bukan??? bagaimana semudah ini Boy mencintainya. Cinta yang bertahun pun tak mungkin sedalam kasih Boy padanya. Dia terlalu istimewa, seakan-akan Boy pernah mengenalinya malah terasa perkenalan ini sudah bertahun-tahun lamanya. Baby, Boy berjanji akan berusaha mendapatkan cintanya... Biarlah sejuta halangan menimpa, Boy akan pastikan dia menjadi milik Boy... dan mungkin satu hari nanti Boy akan kenalkan dia pada Baby...

Sudah dua hari peristiwa itu berlaku. Dia hairan dengan perubahan drastic sikap Danish padanya. Apa yang telah berlaku sebenarnya. Sebaik pulang sahaja dari hospital, Danish terus menghala kereta pulang ke rumah mereka. Langsung tidak pulang ke rumah ibunya. Pakaian mereka pun papa hantar petang tu. Malah Danish begitu baik padanya. Petang itu, lelaki itu dengan rela hati pergi membeli juadah malah menghidang pun dia lakukan. Eka langsung tidak dibenarkan membuat sebarang kerja. Anak-anak juga lelaki tu yang uruskan. Pelik… benar-benar pelik.

Malah yang paling mengejutkan pagi tadi dia menerima sejambak bunga ros dari lelaki itu beserta sekeping kad. Tiada apa-apa yang di tulis, hanya lukisan cartoon sepasang belalang… aneh namun dia terasa pernah melihat lukisan begitu tapi tidak ingat dimana.

Sofea juga sudah semakin riang. Senang dengan sikap papanya. Malah Danish lebih kerap menghabiskan waktunya dengan Eka bersama anak-anak. Adakalanya mereka berbuka di luar. Malah Danish juga tidak keberatan untuk keluar membeli barang-barang dapur bersama. Setelah selesai membeli barang dapur, Danish akan membawa Sofea bermain pula. Danish juga sering pulang awal. Tepat sahaja pukul lima, lelaki itu sudah berdiri di depan pintu rumah.

Eka juga semakin aneh bila Rie kerap menghantar e-mel padanya. E-mel yang penuh dengan kata-kata rcinta dan pujukan agar Eka kembali padanya. Dalam diam dia memadamkan semua e-mel itu tanpa membalasnya. Takut diketahui oleh Danish. Malah, selang 2 minggu mereka pasti akan pulang menjenguk papa dan mama di kampung. Danish juga sudah mula berbual-bual dengan mama dan papa walaupun nampak agak kaku.

Dirinya??? Seperti biasa, berusaha bersikap dingin dengan Danish walaupun adakala hatinya tersentuh dengan kemesraan dan pujukan kata-kata cinta dari lelaki itu. pelik??? Yang paling mengembirakan hatinya, lelaki itu akan menghadiahkan dirinya sejambak bunga mawar merah bersama sekuntum mawar putih terselit ditengah-tengah bunga setiap hari. Malah rumah mereka juga sudah penuh dengan jambangan-jambangan bunga dari Danish. Bahagia??? Ya dia benar-benar bahagia sekarang. Berdoa agar perubahan Danish ini akan berkekalan.

HC13

Lelaki itu lebih suka menyendiri. Hairan, lelaki itu kini lebih gemar berada di rumah. Tiada temu janji dengan Erinkah? Dia tertanya sendiri. Adakalanya dia rasa senang dengan kehadiran lekaki itu tapi adakalanya dia berharap lelaki itu tiada di rumah. Malah yang paling merimaskannya ialah renungan tajam lelaki itu. Entah mengapa lelaki itu gemar merenungnya tapi itupun secara curi-curi. bila dia menyedari akan renungan itu, segera danish memandang ke arah lain. Pelik betul... Entah angin apa yang melanda rumah ni sekarang...

*************************************************************

Hari ini hari pertama mereka berpuasa, awal-awal lagi Danish berpesan agar Eka bersiap-siap bersama anak-anak. Pulang dari kerja sahaja, terus mereka ke rumah orang tua Danish. walaupun ada rasa terkilan dihatinya, Eka akur juga dengan kehendak Danish... masih terdengar suara sayu mama, bila dia mengkhabarkan keputusan Danish. tahu mama sedih, tapi apa yang boleh dia lakukan...

Langkahnya menjadi kaku apabila melihat satu tubuh yang sedang berbual mesra dengan ibu mertuanya. Benarkah? apa sebenarnya yang berlaku. Segera dia meminta izin untuk ke bilik. Hatinya sakit melihat gelagat perempuan itu. Tidak sedarkah perempuan itu, lelaki yang di peluknya mesra itu suaminya. Gila... ibu mertuanya sekadar tersenyum sini9s memandangnya. senyuman kemenangan. Hingga kini dia tidak tahu mengapa ibu mertuanya itu tak menyukainya.

Sofea turut mengikut langkah mamacunya. ajakan opah tidak dihiraukan. dia benci pada auntie yang memeluk papanya. Mengapa auntie tu peluk papa? dia tertanya sendiri. Malah dia juga tidak suka bila Auntie itu membahasakan dirinya sebagai mama padanya. dia hanya ada satu mama sahaja, hanya mamacu mamanya. Tidak ada orang lain yang boleh ganti mamanya. Malah dia turut tidak menyambut huluran tangan auntie itu. tidak dipedulikan renungan tajam papa dan opah... Fea benci papa...papa jahat... papa dah tak sayang Fea, amacu dan baby Haziq...jeritnya dalam hati.

Suasana berbuka puasa petang itu kelihatan hambar. Erin malas memikirkan gelagat Erin dan ibu mertuanya, dia asyik melayan Sofea makan. Haziq di pangku penuh kasih sayang. dia sekadar meneguk air dan memakan sebiji kurma sahaja. Seleranya mati. Encik Saiful, bapa mertuanya hanya mengeluh. memandang wajah menantunya penuh simpati. Entah apa yang difikirkan isterinya menjemput Erin berbuka puasa bersama-sama mereka. Sudah puas dia menegur namun isterinya masih lagi degil. Paling dikesali sikap anak lelakinya, yang seakan terleka dengan Erin. Tidak dipedulikan anak isteri di depan mata.

Setelah Sofea selesai makan, segera Eka meminta diri ke bilik. Encik Saiful memandang langkah menantunya penuh simpati. Puan Salbiah dan Erin tersenyum. Danish kelihatan serba salah apatah lagi bila menyedari renungan tajam papanya. Dia bingung. Adakalanya dia kurang senang dengan gelagat Erin, tahu Erin seakan-akan ingin menunjuk dan menyakiti hati Eka. Dia benci dengan keadaan itu. Tersepit antara ibu dan Erin.

Eka terus ke bilik air selepas menidurkan Haziq. Sofea di biarkan menonton cd barney kegemarannya. Air mata yang di tahan sedari tadi akhirnya tumpah jua. dia menangis sepuas hati. di biarkan sahaja tubuhnya basah di bawah pancuran air. mama... apa salah Eka? kenapa mereka buat Eka begini? seolah Eka tak ada maruah diri... mama... papa Eka dah tak tahan lagi... sampai bila Eka kena hadapi semua nie... Kak Lia, Eka rindukan kakak... Eka tak tahu nak mengadu kat siapa? Eka resah, hati ini pedih sangat kak? begitu murahkah maruah seorang wanita dimata seorang suami?... Ya Allah berikanlah aku ketabahan menghadapi dugaanMu ini...... Fea... Haziq... mama tak tahu sampai bila lagi mama boleh bertahan... Maafkan mama seandainya ketabahan dan kesabaran mama hilang satu hari nanti... apapun mama janji takkan tinggalkan Fea dan Haziq... biarlah kita bertiga sahaja... rintih Eka dalam tangis yang entah bilakah akan berhenti...

Eka merenung wajahnya... matanya kelihatan bengkak dan merah. Tersenyum, teringat pertanyaan Sofea sebaik dia keluar dari bilik air. Ingatkan si kecil tu tak perasan, jenuh di beri alasan matanya masuk habuk tapi tetap tidak di percayai sikecil itu. Bijak betul... katanya "takkanlah mata mamacu masuk habuk dua-dua? lagipun dalam bilik air mana ada habuk?" terkedu dia mendngar kata-kata si kecil itu. Huh!! macammana nak keluar bilik ni? alamatnya malam ni berkurung dalam biliklah, dia mengeluh.

Matanya mencari kelibat Eka, sedari tadi isterinya tak turun-turun. ketika dia masuk ke bilik tadi Sofea memberitahu mamacunya sedang mandi. teringat Eka sekadar menjamah sebiji kurma sahaja tadi. Serba salah. arghhh... dia terus bangun ke bilik. tidak dipedulikan Erin dan ibunya yang sedang berbual mesra. Pintu bilik di buka perlahan, senyap sunyi, hanya kedengaran suara dari tv sahaja. tersenyum melihat Sofea yang sedang tidur nyenyak dalam pelukan Eka. Haziq pula tertidur di atas katil.

Wajah Danish berubah bila melihat wajah Eka, masih ada sisa air mata dipipi Eka. Dia menangiskah? tapi mengapa? Danish tertanya sendiri. perlahan-lahan Danish mengangkat Sofea ke atas katil, kemudian tubuh Eka turut di cempung dan di baringkan di sebelah Sofea. terasa tubuh tu agak ringan berbanding dahulu. Baru tersedar, Eka kelihatan agak cengkung, malah pipi yang gebu itu juga tidak segebu dahulu. Danish tunduk, lantah mengucup dahi dan pipi Eka. Di renung wajah itu sepuas hati.Ahhh.. terubat rinduku pada dia... Rindu??? aku rindu dia? Danish bagaikan tersentak dengan bisikan hatinya sendiri. mustahil... tapi benarkah???

Danish terduduk disisi katil, benarkah ada rindu pada Eka? Adakah dirinya sudah menerima Eka dalam hidupnya... Adakah dia sanggup kehilangan Eka? persoalan yang tiba-tiba menghantuinya... dan tiba-tiba dia merasa amat tkut kehilangan Eka dan pada masa yang sama juga dirinya tak sangp kehilangan Erin. Tapi benarkah? Bagaimana jika Eka meninggalkannya??? dan bagaimana pula jika Erin meninggalkannya??? Danish semakin resah... Antara mereka berdua, siapakah yang lebih dicintainya? Eka atau Erin?

Danish merenung wajah Sofea dan Haziq. Tak sedar sudah lama dia disitu. Dia benar-benar lupa pada Erin dan ibunya yang berada di ruang tamu. Tiba-tiba telinganya menangkap nada lagu my heart dari handset Eka, segera dia mencari sambil matanya mengerling Eka. lega Eka masih lagi nyenyak tidur. Handset Eka sudah berada ditangannya. Ohh... sms... bisiknya lega tapi dari siapa... perasaan ingin tahunya membuak-buak.

Eka syg, hr ni 1 ramadan
ingat lg kenangan kt
rie rindukan eka
please reply my sms
lot of luv..rie

dia benar-benar bengang membaca sms tu. Cemburunya membuak-buak. Siapa lelaki tu? akan dia siasat lelaki yang begitu berani mengganggu isterinya. Eka hanya miliknya, dan akan tetap menjadi miliknya. Tak ada siapapun boleh merampas Eka daripadanya, bisik hatinya penuh dengan perasaan amarah. Dia merenung Eka yang sedang nyenyak tidur, dihampirinya... satu kucupan hinggap di dahi Eka... agak lama sebelum melangkah keluar.

Eka bagaikan terdengar satu bisikan ditelinganya..."kau hanya milik aku, selagi aku memilikimu takkan aku benarkan sesiapapun menyentuh dirimu" arghhh mungkin hanya mimpi... dia kembali meneruskan tidurnya.

"Nish kemana? Erin dah nak balik, hantarkan dia pulang?"arah Puan Salbiah apabila ternampak kelibat Danish.

"Arghh... pandai datang, pandailah balik sendiri. Nish ada hallah bu," jawab Danish, terus melangkah keluar tanpa menghiraukan ibunya. Erin yang berada disisinya juga tidak dipandang. difikirannya hanya ada satu perkara sahaja. Dia harus menyelesaikannya secepat mungkin. Pantas dia melangkah keluar, Erin yang cuba menghalangnya juga di tolak. keretanya di pecut laju. Malam ini dia akan membuat perhitungan dengan lelaki itu.

"Auntie..."Erin merengek... berlagak manja. Wajahnya merah, menahan sakit hati bila Danish menolaknya.

"Ni mesti perempuan tak sedar diri tu cakap apa-apa kat dia,"tambar Erin lagi. wajahnya kelihatan sedih. Puan Salbiah mengusap perlahan bahu Erin. Wajahnya juga merah, menahan marah pada Eka. Geram. Kalau perempuan tu di depannya mahu diganyangnya cukup-cukup. Anak-beranak menyusahkan hidup aku. Erin tersenyum tanpa disedari oleg Puan Salbiah. Jeratnya mengena. Kini pasti Puan Salbiah akan lebih membenci Eka. Yakin, Danish akan tetap menjadi miliknya... Arghhh sekali-sekala kita juga perlu bertindak kejam untuk mendapatkan orang yang kita cintai... peduli apa orang lain kata... cukuplah dia mengalah dan berkorban. Akhirnya apa yang dia dapat?

Rie tersenyum riang apabila mendapat balasan sms dari Eka. Tahu hati Eka tak sekeras mana. Namun hatinya agak pelik bila Eka ingin berjumpa dengannya. Malam ni pula, selalunya mengankat telefon atau membalas sms dari dirinya pun Eka tak sudi. Kini umpama mimpi dalam mimpi, Eka sudi membalas smsnya malah sudi pula bertemu dengannya. Walaupun perasaannya sedikit berdebar, rasa cuak dan tidak sedap hati silih berganti... namun demi rindunya pada Eka dia tidak pedulikan itu semua. Yakin percintaan mereka masih lagi utuh seperti dahulu, hati Eka tak pernah berubah... Cinta Eka hanya miliknya seorang. Desakan rindu dan cinta yang membara, kini dia tidak peduli lagi status Eka. Biarlah apa kata orang, yang penting Eka hanya menjadi miliknya.

Danish terus memandu, hatinya sudah tidak sabar bertemu dengan lelaki bernama Rie yang sering mengganggu isterinya. Marah dan sakit hati bercampur baur dalam hatinya. Eka hanya miliknya, tak ada siapa yang boleh memiliki Eka selain dirinya. Dia akan terus pastikan Eka akan tetap menjadi miliknya walau apapun terjadi. Tak kira, siapa yang berani mengganggu Eka akan dia musnahkan.
Perasan cemburunya telah menguasai pertimbangan akalnya. Yang dia tahu, lelaki bernama Rie itu harus diberi pengajaran agar meninggalkan Eka. Dia mendail satu di handsetnya. berbual sesuatu dengan sipemanggil. Dia tersenyum sinis. Puas.

Entah mengapa, Eka tiba-tiba terjaga. Mimpi yang dialami begitu menakutkan. tubuhnya berpeluh-peluh. Dia bermimpi berada di satu tempat yang asing. Dia melihat Rie tersenyum ke arahnya, Dia ingin melangkah ke arah Rie tapi tiba-tiba langkahnya terhalang. Tangannya dipaut erat Danish. Wajah Danish kelihatan lain. penuh rasa marah dan benci apabila matanya bertaut dengan Rie. Rie cuba membantu tapi tak berjaya. Dia di bawa lari jauh dari Rie. Danish tersenyum puas bila Rie tiada lagi antara mereka. yang ada hanya jeritan Rie memanggil namanya dan kemudian dia tersedar dari tidur... apa maksud mimpi itu??? Hatinya berdebar tiba-tiba. Ada resah yang bertandang sebaik sahaja teringatkan Rie... Dia berharap lelaki itu tidak apa-apa.

HC12

Masa pantas beredar, Danish dan Erin terus leka menyulam kasih. Eka hanya mampu melihat setiap perilaku Danish yang semain alpa dengan tanggungjawabnya... wang ringgit tak perneh lokek, tapi dia perlukan Danish sebagai seorang suami dan papa pada Sofea dan Haziq. Sofea semakin menyepi, tidak lagi selincah dulu. Eka sedar Sofea merindui Danish, tapi apa yang boleh dia lakukan jika Danish semakin jarang berada di rumah. kini rumah itu ibarat hotel bagi Danish.. hanya pulang untuk menukar baju dan tidur, itu pun sudah jarang lelaki itu tidur di situ. entah mana dia tidur, Eka malas ambil tahu. perasaannya pada Danish juga semakin hambar.

Dia belajar untuk menerima dan menyanyangi lelaki itu demi rumahtangga dan anak-anak saudaranya, namun jika hanya dia yang berusaha dan Danish langsung tidak ambil peduli... dia tidak pasti selama mana lagi perkahwinan yang sudah retak menanti belah ini akan bertahan. dia tersentak dari lamunan apabila mendengar tangisan Haziq. segera dikesat air mata yang mengalir dipipi dan bergegas mendapatkan Haziq.

Eka merenung kalendar dihadapannya, beberapa hari lagi menjelang bulan Ramadan. teringat kisah lama, waktu dengan Rie dahulu, betapa Rie merajuk apabila setiapkali diajak berbuka sama-sama pada hari pertama puasa pasti dia akan menolak kerna dia lebih senang berbuka bersama-sama keluarganya... tapi kini bagaimana dia hendak mengkhabarkan hajat dihatinya pada Danish jika lelaki itu sering tiada di rumah. Eka mengesat air mata yang mengalir di pipi. Dipeluknya Sofea erat. Anak kecil itu juga menangis. Takut mendengar pertengkaran antara mamacu dan papanya. Tidak mengerti apa yang terjadi. Danish terus beredar meninggalkan mereka. Entah kemana perginya. Eka tertanya sendiri, salahkah permintaannya sehingga tangan Danish begitu ringan menyentuh pipinya… kak Lia… Eka rindukan kakak… apa salah Eka… mama… tangis Eka. Pertama kali dirinya dikasari. Sofea akhirnya tertidur dalam pelukan Eka. Yang paling melukakan hatinya, Danish sanggup menengking Sofea untuk melepaskan amarahnya. Anak kecil itu turut menerima tempias kemarahan papanya. Terbayang peristiwa sebentar tadi…

“saya nak cakap dengan awak sikit,” Eka memulakan perbualan. Danish masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. Lelaki itu masih lagi leka menaip sms.

“mama saya ada telefon, kalau boleh mama nak kita balik sambut Ramadan di sana, lagipun kita dah lama tak balik sana,” Danish mengangkat muka merenung wajah Eka. Ada kerutan di dahinya.

“aku tak setuju, kita sambut kat rumah keluarga aku. Lagipun aku sibuk,” balas Danish. Masih lagi leka dengan handset ditangan. Eka menelan liur, terasa kesat, hampa.

“kitakan dah selalu balik rumah ibu awak, Cuma kali ni je saya mintak kita balik rumah saya, saya rindukan mama dan papa saya. Sofea pun dah rindukan mereka. Takkanlah asyik balik rumah awak jer, nanti Haziq dan Sofea lupa dan tak kenal datuk dan nenek sendiri,” ujar Eka tegas. Kalau boleh dia ingin sambut Ramadan bersama mama dan papa. Dia tahu perasaan mama dan papa. Inilah Ramadan pertama mereka selepas kematian kak Lia dan abang Razif.

“kan aku dah cakap, kita balik rumah ibu, yang kau degil sangat ni kenapa? Dah tak reti bahasa ke? Kau rindukan mak bapak kau ke kau rindukan jantan tu?” tengking Danish. Bengang. Kali pertama Eka membantah kata-katanya. Selalunya Eka sekadar menurut sahaja apa yang dikatanya. Entah angin apa yang merasuk perempuan tu agaknya.

“kalau awak tak nak balik, izinkan saya balik dengan anak-anak. Terpulang pada awak nak balik mana,” jawab Eka. Tidak dipedulikan tengkingan Danish itu walaupun ada getar didada. Sudah lali dengan tengkingan dan suara kasar lelaki itu, sejak dua bulan yang lalu hubungan mereka menjadi tegang. Seringkali mereka bertengkar. Entah siapa yang salah sebenarnya.

“baik, kalau kau kemaruk sangat nak balik, nak jumpa jantan tu kau boleh balik tapi anak-anak jangan harap lau boleh sentuh mereka. Mereka akan ikut aku,” Eka tersentak mendengar kata-kata Danish itu. pedih hatinya. Sampai hati Danish menuduhnya begitu… dan pertengkaran diantara mereka terus menjadi hangat sehingga akhirnya satu tamparan mengena pipi Eka. Sofea yang menghalang Danish dari memukul mamacunya di tolak kasar lelaki itu. pantas Danish terus beredar meninggalkan mereka. Eka terus menghampiri anak kecil itu, pantas di peluk tubuh kecil itu penuh kasih sayang. Tangisan Eka bagaikan tiada hentinya apatah lagi bila jejari kecil itu mengesat darah merah di bibirnya.

“napa papa pukul mamacu, jom Fea bawak mamacu gi klinik…papa dah tak sayang kita ke mamacu?” tangis Sofea sambil mengesat darah di bibir mamacunya. Eka hanya mampu memeluk tubuh kecil itu. terharu dengan kasih sayang si kecil.

Danish memandu keretanya laju. Entah angin apa yang merasuk dirinya. Tergamak dia mengasari Eka dan Sofea. Maafkan aku Eka… maafkan papa Fea… Digenggam erat tangan yang mengasari Eka. Tuhan apa yang telah aku lakukan…… dia marah, geram… bukan pada Eka tapi pada diri sendiri. Sedar hubungan mereka semakin tegang, malah Sofea juga seperti takut-takut padanya.

Entah apa yang tak kena. Setiap kali memandang wajah mereka, hatinya sakit... sakit kerana dirinya tidak dapat menunaikan permintaan abang Razif. Apa yang boleh dia buat, hatinya begitu degil. Sehingga kini dia merasakan tiada cinta dihatinya buat Eka… tapi mengapa dia cemburu bila terbaca sms yang dikirimkamkan oleh lelai bernama Rie di telefon bimbit Eka… dia benar-benar keliru.

..........................................................................................

Erin merenung wajah Danish yang keruh. tak tahu apa puncanya. Danish hanya menyepi sedari tadi. Sejak dua menjak ni, dia perasan, Danish selalu muram, resah malah lelaki itu terus hanyut dalam arus perasaan sendiri. Mengapa?? dia tertanya-tanya sendiri.

"Nish.. apa yang you fikirkan? U ajak I keluar tapi U langsung tak pedulikan I yang ada kat depan U nie..." bentak Erin. entah mengapa dia menjadi tidak senang dengan perubahan Danish itu. mengapa ya???

"Sory Rin... kat ofis ada masalah sikit. U cakap apa tadi sayang," tanya Danish sambil membelai rambut Erin mesra. Erin tersenyum mesra. Senang diperlakukan begitu. akin cinta Danish masih lagi miliknya...

"sampai bila kita nak macam ni Nish? takkan U nak suruh I tunggu U sampai I tua... sampai I dah tak laku. kita kahwin please... lagipun mak ayah I dah bising-bising...,"

"I tahu tapi syarat U tu....," Danish merengus kasar.

"kenapa dengan syarat I? U pun tahu keluarga I takkan setuju kalau U tak mematuhi syarat tu,"

"Tapi syarat tu terlalu berat bagi I, U pun tahu keadaan I kan,"

"sampai bila I nak kena faham keadaan U jerr? habis keadaan I ni sapa nak faham? I taknak di tuduh perampas, I tak nak jadi orang kedua. lagipun hak I yang dirampas, jadi tak salah I merampas balik apa yang pernah jadi milik I semula,"

"Please Rin... I nak U faham, walau apapun terjadi I tak boleh berpisah dengan Eka demi anak-anak saudara I..."

"Dah, terpulang pada U... U taknak berpisah dengan dia kerana anak-anak saudara U ke atau krana U dah sayang kat perempuan tak sedar diri tu? selama ni dia yang musnahkan kebahagiaan kita. tapi U terus juga bersama dia. apa hak I? sampai bila kita ak macam ni? terpulang pada U nish, kalau U sayangkan I, lepaskan dia... I bagi tempoh pada U seminggu jerr kalau tak kita putus," Erin terus meninggalkan Danish di situ. hatinya puas. terpulang pada Danish kini untuk menentukan arah tuju hubungan mereka.

Danish semakin keliru... mustahil untuk dia melepaskan Eka tapi... sanggupkan dia kehilangan Erin. keliru engan sikap Erin, mana perginya Erin yang memahami dan bertimbang rasa... kini dirasakan Erin bukan lagi Erin yang dikenalinya... Apa yang merubah sikap Erin? tanda tanya itu terus menghantuinya. sesekali dikerlingnya Sofea yang sedang leka menonton tv, entah citer ape pun dia tidak tahu. Anak kecil itu langsung tidak memperdulikan kehadirannya.

Eka pula sentiasa melarikan diri daripadanya. dia di dapur, Eka ke ruang tamu, bila dia ke ruang tamu Eka menghilangkan diri pula ke biliknya. Malah tiada sepatah perkataan pun Eka tuturkan untuknya. hanya Sofea menjadi penghbung antara mreka, tapi anak itu turut dingin dengannya. setelah menyampaikan pesanan mamacunya, Sofea terus pergi dari sisinya. dia benar-benar rasa terasing.

tiba-tiba dia rindukan gelak tawa Sofea dan Eka. teringat semula detik-detik bahagia mereka bersama.. tapi detik itu hanya sementara... arghhh mengapa hati ini begitu merindui mereka... dekat tapi jauh... itulah yang dirasainya sekarang... terasa begitu banyak waktu telah disia-siakan olehnya. agaknya Haziq sudah pandai melakukan apa ya? merangkak? berjalan atau apa? dia tidak tahu...

sanggupkah dia mengkhianati janjinya pada arwah abang Razif? apa akan jadi pada anak-anak kecil itu. Dia semakin bingung. mana satu jalan yang perlu diikutinya... bagaikan berdiri di satu persimpangan tanpa tahu arah tujunya. sebelah sini Eka bersama anak-anak, sebelah sana pula Erin. siapakah yang dia inginkan sebenarnya??? hati... mengapa kau jadi ragu-ragu. Antara mereka siapakah yang paling aku cintai??? yang aku tak sanggup kehilangannya??? siapa???

HC11

Danish melangkah pantas menuju ke mini market berhampiran, si kecil Sofea merengek dahaga. Hari ini Sofea ingin mengikutnya ke pejabat, terpaksa akur memandangkan hari ini hari minggu tambahan pula dia sudah berjanji dengan Sofea untuk membeli Barbie doll.

Dalam kekalutan itu tanpa sedar dia telah melanggar satu tubuh. Segera meminta maaf. Matanya terpaku apabila melihat wqajah dihadapannya. Tergamam. Pertemuan yang tidak disangka-sangka, setelah lama mencari akhirnya wajah itu ditemui semula. Ahhh betapa dia merindui wajah dihadapannya itu… syukur, akhirnya aku menjumpainya semula…

Bagai tak percaya, wajah yang amat dirindui ada di hadapan mata. Seakan ingin di peluk tubuh dihadapannya itu untuk tapi keadaan telah berubah, matanya menatap wajah itu dan tiba-tiba pandangannya bertaup dengan seraut wajah comel yang memandang mereka penuh kehairanan. Arghhh dia kini bukan milikku lagi… dia sedar sendiri… segera dia melangkah, ingin menjauhi lelaki itu tetapi langkahnya terhenti bila tangannya diraih lelaki itu. ada rindu yang terpancar pada wajah itu… masihkah lagi ada cinta dihatinya buatku… dia tertanya sendiri…

“jangan pergi lagi Rin, puas Nish cari Rin… please…jangan larikan diri dari Nish lagi…”dia terpaku, tidak tahu apa harus dilakukannya. Matanya bertau dengan mata lelaki itu. ada keikhlasan disitu.

“maafkan Rin, Rin kena pergi. Tak manis jika dilihat orang, lagipun kita bukan seperti dulu lagi, Nish bukan milik Rin lagi… ada yang lebih berhak… maaf kan Rin, biarlah ini pertemuan terakhir kita…,” dan Erin terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Bimbang jika semakin lama dia bersama lelaki itu, dia akan semakin lemah… tak mungkin dia akan menjadi perampas biarpun miliknya yang dirampas terlebih dahulu…

Danish hanya mampu memandang, tiada apa yang mampu dikatakan lagi… tahu dia yang bersalah, dia yang melukai hati milik gadis yang amat dicintainya itu. Nish tahu Nish bersalah tapi tahukah Rin betapa sakitnya hati ini merindui Rin, betapa peritnya bila terpaksa melukakan hati orang yang paling dicintai… Nish janji, Nish akan terus berusaha untuk menunaikan janji-janji kita… Nish takkan lepaskan Rin lagi…

Rengekan Sofea membuatkan Danish kembali ke alam nyata, dia segera membayar setelah Sofea memilih apa yang diingininya. Segera mereka meninggalkan mini market tersebut. Moodnya telah tiada, Sofea pula hanya memandang wajah papanya yang serius itu. takut untuk bersuara. Anak kecil it uterus mendiamkan diri. Akhirnya mereka tiba di rumah, tanpa Barbie doll yang diingini Sofea…. Eka yang melihat, kehairanan. Matanya merenung Danish yang terus melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah itu begitu keruh. Sofea pula terus berlari ke arahnya dan memeluk mamacunya erat…

..........................................................................................

Cinta itu memang aneh… atau hati ini yang mudah goyah. Adakalanya ada getar yang dirasainya bila lelaki itu begitu dekat dengannya. Getaran yang amat aneh dan tidak pernah dilaluinya sebelum ini walaupun bersama… ahhh jatuh cinta lagikah aku? Dia keliru dengan perasaan sendiri. Terasa diri ini begitu selamat ketika dia disisi, seolah-olah diri ini sudah sebati dengan kehadirannya…terasa begitu dekat dihati… arghhh perasaan, mengapa cepat benar kau berubah…


Telah puas kucuba untuk melupakannya, tapi kini dia muncul kembali, dan aku sedar hati ini masih miliknya lagi… tapi benarkah? Ahhh biarlah yang pasti aku tak pernah berhenti mengingatinya hampir setiap saat, hanya dia dihadapanku. Rindu ini seakan terubat bila melihat seraut wajahnya. Api cinta yang hampir terpadam itu seakan menyala semula… dia rasa bersalah bila teringatkan satu wajah, wajah yang penuh ketenangan… yang kini telah menjadi tanggungjawabnya. Tapi tak mungkin dia dapat menyintai pemilik wajah penuh ketenangan itu jika hatinya telah diserahkan kepada orang lain… sukarnya memahami bahasa cinta ini… aku tersepit antara tanggungjawab dan cinta yang tak kesampaian…


Sofea merenung sayu pemandangan dihadapannya, dia merindui kemesraan papanya. Papa kini lebih senang berada di bilik bacaan ataupun berbual-bual di telefon dari melayannya. Walaupun mamacunya masih lagi melayannya seperti biasa, tapi Fia dapat rasakan yang mamacu tengah sedih. Mungkin mamacu sedih dengan sikap papa, hari tu Fia lihat mamacu dan papa bertengkar, Fia yang jadi puncanya. Fia sedih sangat. Fia rindukan umi dan walid… kenapa umi dan walid pergi tinggalkan Fia dan Baby Haziq…


Boy, hari nie hati baby terluka lagi. Baby hanya mampu memandang pemergian insan yang paling Baby cintai tanpa mampu melakukan apa-apa. Baby sedar, Baby hanya orang kedua dalam hidupnya, tapi salahkah Baby untuk mencintainya. Cinta itu bukan sesuatu yang mudah diramal… mungkin ini balasan baby kerana mengecewakan seseorang yang begitu ikhlas mencintai Baby. Baby tak nafikan, ada juga rasa cinta yang hadir pada insane itu tapi setelah bertemu dengannya Baby sedar hanya dia yang baby cintai… salahkah tindakan baby ini Boy… hati ini hanya satu dan ianya telah Baby serahkan padanya… betapa sakitnya bila dia hanya jasadnya yang menjadi milik kita tapi bukan hatinya…bukan jiwanya… pedihnya hati ini, bila cinta tak berbalas……

Baby, hati ini keliru sekali. Mungkinkah jika kita jatuh cinta sekali lagi? Boy keliru antara mereka siapakah pemilik hati ini… setiap hari Boy rasa bersalah kerna mengabaikannya, tapi sudah puas Boy cuba melupakannya… tapi hati ini tetap milik dia yang begitu jauh dimata tapi telah bertakhta dihati… salahkah rasa cinta ini Baby? Ianya amat menyakitkan bila terpaksa melukakan hati seseorang walaupun itu bukan niat kita sebenarnya… cinta ini benar-benar anehkan… mengapa harus ada pertemuan jika tidak ditakdirkan bersama? Bukankah ini akan melukakan hati-hati orang yang amat kita sayangi… termasuk hati ini sendiri… entah mengapa saat ini Boy begitu mengharapkan kehadiran Baby……

Waktu seakan berhenti kala dia bibirnya meluahkan kata perpisahan, dunia seakan terbalik… begitu tegakah hatinya, sewaktu dulu bibir itu hanya mengucapkan kata-kata sayang dan rindu tapi kini…hanya kata perpisahan yang terluah… wajahnya beku, tiada sebarang reaksi… mata itu begitu dingin, tiada lagi cahaya cinta yang dapat kulihat… mustahil sekelip mata hatinya berubah…sungguh sehingga kini Rie tak percaya Eka sanggup menodai janji-janji kita... yang pasti sehingga saat ini hanya Eka dihati Rie.....

mengapa harus ada pertemuan ini, sudah puas aku melarikan diri darinya tapi mengapa mesti dia juga yang hadir. aku sedar dia bukan milikku lagi tapi mengapa hati ini begitu degil. hanya dia yang ku cinta...yang kuingati sepanjang waktu. ada rasa rindu yang hadir, malah aku juga bisa melihat ada rindu yang terpancar dimatanya... Salahkah aku? mengapa kisah cinta ini harus berakhir begini? maafkan Erin, bukan niat Erin untuk melarikan diri dari Nish, tapi Rin terpaksa... antara kita ada jurang yang memisahkan... akurlah... akan Rin simpan cinta dan rindu ini... biarlah Tuhan sahaja yang tahu betapa Rin begitu menyanyangi Nish... maafkan Rin...

mengapa kebahagiaan yang hadir hanya seketika, kini mereka bagaikan orang asing yang tinggal satu rumah. Cepatnya putaran waktu dan kini mereka seolah-olah kembali ke detik permulaan hubungan mereka. Dingin dan hambar. Itulah yang Eka rasakan. Setiap detik yang berlalu hubungan mereka semakin dingin. Danish semakin menyepi, tenggelam dalam dunianya sendiri. malah lelaki itu juga semakin dingin dengan si kecil Sofea.

Kerap dia lihat, Sofea merenug Danish dari jauh. Ada rajuk pada mata anak kecil itu, dan yang pasti anak kecil itu seoalah-olah takut untuk menghampiri papanya. Semua itu berpunca dari peristiwa beberapa hari yang lepas. entah apa sebabnya, Danish menengking Sofea yang ingin bermanja dengannya. betapa terluka hatinya mendengar tengkingan Danish pada anak kecil itu, pasti Hati Sofea bertambah terluka lagi. anak kecil itu sering menyoalnya, soalan-soalan yang dia sendiri tiada jawapannya. Entah apa yang harus dia jawab bila Sofea bertanya mengapa papa marah Fia? Papa dah tak sayang Fia lagi ke mamacu? dia kelu dan hatinya semakin pedih bila melihat wajah sayu Sofea.

Hari ini, hatinya makin pilu bila melihat si kecil masih sabar menanti kepulangan papanya walaupun sudah menginjak ke pukul empat pagi. Parah hatinya bila melihat sepotong kek yang masih elok terletak dalam piring di atas meja. Sofea hanya memandang ke arah pintu, sabar menanti kepulangan papanya, tidah dihiraukan hadiah-hadiah yang di beri oleh rakan-rakannya sempena hari jadinya.

Eka semakin resah. Entah kemana Danish pergi. Tergamak dia mengecewakan Sofea. Bukan dia tidak pernah mengingatkan lelaki itu mengenai hari jadi Sofea. lelaki itu hanya memandang sepi kata-katanya itu. ahhhh... mengapa ini harus terjadi. ada kemarahan yang terpendam kepada lelaki itu. Sofea yang sudah tertidur, diangkatnya ke bilik. anak kecil itu merengek perlahan. hanya perkataan papa sahaja yang disebut Sofea... Piring yang mengandungi kek juga turut di simpan. ruang tamu di kemas, hadiah-hadiah yang di beri rakan-rakan Sofea di simpan dalam bilik anak kecil itu.

Danish masih lagi tersenyum, dia benar-benar bahagia kini. Berbaloi usahanya memujuk Erin, akhirnya hubungan yang keruh kembali jernih. kini mereka sedang merenung matahari naik di tepian pantai, tempat kelahiran Erin. mereka ketawa bersama-sama. bahagia, tanpa menyedari ada hati yang terluka. Sekeras-keras hati Erin untuk mengundur diri, cair juga dengan pujuk rayu Danish, tambahan pula api cintanya masih lagi membara buat lelaki itu. Dia tegar, tidak dipedulikan apa-apa lagi. dia nekad. Akan terus mempertahankan percintaan ini.

ANDA SUKA